Dakwa tak mampu bayar yuran, pelajar universiti kantoi guna RM30000 bantuan NGO untuk judi online

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM), telah membuat laporan polis semalam

setelah mendakwa ditipu oleh seorang pelajar lelaki dari sebuah universiti di utara negeri ini yang kononnya memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal, berkata pelajar berusia 20-an yang dikenali sebagai Lim itu menghubunginya pada Ahad lalu

untuk meminta bantuan dana sebanyak RM5,000 bagi membiayai pengajian, dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan, lapor Harian Metro.

Menurut Zuraini, pelajar tersebut juga memberi alasan bahawa dia akan dibuang dari universiti jika gagal membayar yuran tersebut.

Dakwa tak mampu bayar yuran, pelajar universiti kantoi guna RM30000 bantuan NGO untuk judi online

Namun, beliau terkejut apabila menerima maklumat daripada NGO di Pulau Pinang selepas meminta bantuan untuk pelajar itu.

“Wakil NGO tersebut memberitahu mereka pernah membantu pelajar itu dengan kutipan lebih RM30,000, tetapi wang tersebut tidak digunakan untuk membayar yuran. Sebaliknya, pelajar itu terlibat dalam judi online,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak membuka kertas siasatan kerana pelajar tersebut telah pun memulangkan wang yang diminta.

Beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian ini, dan pihaknya menyerahkan kepada universiti tersebut untuk menjalankan siasatan dalaman.

BACA: Patutlah Saiful Apek sering tampil berkacamata hitam, rupanya ini yang beliau hadapi