Dahi kena ejek, Qasrina Karim luah perasaan

Dahi kena ejek, Qasrina Karim luah perasaan

Dahi kena ejek, Qasrina Karim luah perasaan. Pelakon, Qasrina Karim, 26, yang cukup dikenali dengan perwatakan manis turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman dan komen berbaur ‘body shaming’ daripada netizen.

Qasrina ketika ditemui berkata, selepas dua tahun bergelar pelakon, dia tidak menerima kecaman berhubung lakonannya, tetapi lebih kepada penampilannya.

“Ada yang menulis komen negatif mengenai bentuk dahi saya yang besar. Itu menjadi sasaran netizen untuk menulis komen berbaur ‘body shaming’ sebegitu,” katanya

Menurutnya, situasi itu membuatkan dia benar-benar beremosi, namun dia tetap menguatkan dirinya untuk terus bekerja sebagai pelakon.

“Ketika pertama kali membaca komen-komen begitu, saya memang sedih sebab saya tak ada buat salah pun. Orang ambil gambar dari media sosial saya, kemudian muat naik ke Twitter dan membuka ruang untuk netizen menulis komen.

Dahi kena ejek, Qasrina Karim luah perasaan

“Mereka (netizen) ini berada di sebalik papan kekunci, jadi mereka tulis dan cakap bukan-bukan. Sedih bagaimana sekalipun, saya tetap teruskan kerja-kerja saya,” katanya.

Katanya, dia juga pernah berjanji kepada dirinya untuk tidak membaca sebarang komen bagi mengelakkan dirinya tertekan.

“Jika tidak, mental saya akan jadi lemah, tertekan dan tak pasal-pasal saya sedih. Saya tak boleh nak tutup komen sebab komen-komen itu di akaun Twitter orang lain (yang memuat naik gambar Qasrina).

“Saya luahkan kesedihan saya kepada keluarga dan mereka yang banyak pujuk serta beri kekuatan kepada saya. Kata mereka, kita takkan boleh nak kawal dan tukar cara pemikiran netizen,” katanya.

Terbaharu, Qasrina kini bakal muncul menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Senduk Swap bermula pada 9 September di saluran TA-DAA! (Astro 612).

Selain Qasrina, drama bersiri itu juga turut dibintangi Emma Sofea, Datuk Sri Eizlan Yusof dan Fatimah Abu Bakar.

BACA:

Tun Mahathir tak gembira Najib dipenjarakan

BKM 2022: Tambahan RM500 masuk hari ini

Tragis…keluarga tak sedar anak usia 5 tahun maut jatuh tingkat 9 flat di KL

CATEGORIES