Dah topup Touch N Go penuh sekali kad rosak tiba-tiba, ini cara claim baki yang ramai tak tahu

Oleh INFORAKYAT

Dah topup Touch N Go penuh sekali kad rosak tiba-tiba, ini cara claim baki yang ramai tak tahu.

Penggunaan touch n go di masa sekarang amat penting kerana ianya memberikan kemudahan akses dimana sahaja dalam urusan harian anda.

Selain itu, touch n go juga wujud sebagai satu kemudahan pembayaran secara e wallet yang membolehkan pengguna membuat bayaran tanpa tunai.

Dah topup Touch N Go penuh sekali kad rosak tiba-tiba, ini cara claim baki yang ramai tak tahu

Namun timbul juga kelemahan apabila kad touch n go yang diguna secara fizikal ini kadangkala tiba tiba rosak dan hilang.

Ini mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja apabila anda terlepas pandang atau tidak sempat untuk menjaga dompet anda dengan baik.

Bagaimana jika kad touch n go anda ini rosak atau hilang, tetapi masih ada baki duit di dalamnya? Bolehkah duit baki tersebut kita dapat semula?. Jawapannya boleh.

Kali ini penulis ingin berkongsi cara untuk dapat semula wang anda atau ‘refund’ yang kita boleh dapat melalui aplikasi touch n go. Berikut adalah langkah-langkahnya.

Layari laman web Touch n Go
Klik pilihan ‘Customer Services dan Klik ‘eRefund’

Dah topup Touch N Go penuh sekali kad rosak tiba-tiba, ini cara claim baki yang ramai tak tahu
Jika anda masih belum daftarkan kad touch n go anda secara dalam talian, anda perlu daftar dahulu di Portal MyTouchnGO. Di situ anda boleh lihat transaksi, menyemak e-penyata, mengemaskini maklumat dan dapatkan semula duit baki dalam kad touch n go anda.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat sebelum anda ingin memohon pemulangan semula wang baki kad touch n go anda.

Anda mestilah pemegang akaun Malaysia
Anda mesti mempunyai akaun bank dengan id yang sama sebagai pemilik kad touch n go. Anda juga tidak boleh membuat pembayaran ke akaun pihak ketiga.

2. Anda mesti pemegang akaun asing

Untuk makluman anda, pembayaran pemulangan yang dibuat adalah menerusi pindahan telegraf (TT). Anda mesti pastikan pemegang akaun bank, no akaun, nama bank, alamat bank dan swift code adalah sama dengan pemilik kad. Pemulangan hanya boleh dibuka jika baki melebihi RM100.

3. Sama Id Touch n Go eWallet

Anda mesti pastikan kad pengenalan anda yang didaftarkan di Portal MyTouchnGo adalah sama dengan akaun eWallet anda. Akaun eWallet anda mesti akaun yang sah.

Refund Berjaya
Proses pemulangan wang ini mengambil masa sehingga 30 hari dari tarikh anda mohon. Jika kad anda dicuri atau hilang, jumlah pemulangan wang yang anda dapat adalah mengikut jumlah yang direkodkan di sistem semasa tarikh anda memohon.

Jika anda ada masalah ini, segera daftarkan kad anda di Portal MytouchnGo ya, ini sangat penting untuk memenuhi langkah seterusnya dapatkan kembali wang anda dalam kad tersebut. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda.

BACA:

Ini 5 pantang larang kalau pakai kereta yang guna gearbox CVT, ramai budak skema tak kisah benda ni

Rupanya pengasas Utusan ialah Presiden Singapura yang pertama, ini cara beliau naik jadi Presiden