Sudahkah anda daftar Haji? Kini anda boleh membuat pendaftaran secara online saja melalui THiJARI.
Tahukah anda, membuka akaun di Tabung Haji tidak bererti telah mendaftar Haji ya!
Jadi bagi anda yang belum mendaftar Haji, pastikan anda dah daftar supaya taklah lama sangat nak tunggu giliran nanti.
Di sini kami kongsikan bagaimana cara daftar Haji secara online melalui THiJARI atau secara manual di kaunter Tabung Haji (TH).TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.
Oleh itu, pendeposit TH yang mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Ini bermakna, semua Pendeposit TH yang telah membuat pendaftaran haji layak dipilih untuk menunaikan haji apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.
Syarat Daftar Haji
Bagi melayakkan pendeposit mendaftar haji, mereka perlu:
Mempunyai baki minimum dalam akaun TH sebanyak RM1,300.00.
Tidak pernah menunaikan fardhu haji.
Membawa dokumen pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah semasa melakukan pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH.
Cara Daftar Haji Online Melalui THiJARI
Pendaftaran haji kini boleh dibuat secara online melalui THiJARI.
Ikuti langkah berikut untuk daftar Haji online:
- Login ke akaun THiJARI
- Pergi ke menu Perkhidmatan Haji (rujuk gambar di bawah)
- Klik Pendaftaran Haji
- Klik ikon Tambah Pemohon
- Isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap.
- Buat pengesahan maklumat yang didaftarkan.
- Anda akan mendapat notifikasi sekiranya pendaftaran berjaya.
- Tahun diperuntukkan untuk pergi menunaikan Haji akan dimaklumkan.
NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.
Selain membuat pendaftaran secara online, saluran daftar haji juga dibuka melalui :
Kaunter TH / Kaunter Mudah Alih TH
Bank / rakan strategik TH
Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03- 6207 1919
Cara Buka Akaun & Daftar Haji Untuk Anak
Cara nak buka akaun Tabung Haji untuk anak mudah saja.
Yang penting ibu ayah perlu ada akaun THiJARI.
Jika belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online), boleh aktifkan dulu ikut cara di sini: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Trending sekarang
Pendaftaran Program Subsidi Upah PERKESO (Wage Subsidy)
Langkahnya seperti berikut:
Login akaun THiJARI
- Pergi ke menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
- Isi semua maklumat anak-anak.
- Selepas selesai mendaftar, pergi aktifkan akaun anak di kaunter Tabung Haji dalam masa 30 hari.
- Sila bawa dokumen berikut:
- 1 salinan dan original surat beranak anak
- 1 salinan dan original IC ibu / ayah
- Wang untuk daftar Haji RM1300.00
- Sila rujuk video ini untuk pembukaan akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak
BACA: Rupanya macam ini lori sampah kosongkan muatan, puas hati bila tahu caranya