Dah tak berlakun ke Sharisa Haris kongsi liku hidup demi sesuap nasi

Oleh DAHLIA MARZUKI

Bergelar pelakon bukan satu jaminan untuk terus dikenali apatah lagi mahu kekal relevan dalam industri. Itulah yang dilalui oleh aktres Sharisa Haris apabila dia kini terpaksa berniaga untuk mencari sesuap nasi.

Menurut Sharisa, kehidupannya kini tidak seperti dahulu yang mana mungkin dia dikenali menerusi lakonan dalam drama dan filem.

Pun begitu, Sharisa berkata dia bersyukur apabila pernah dicalonkan ‘Top 5’ di Anugerah Skrin 2014 ketika namanya masih aktif dalam dunia lakonan.

Dah tak berlakun ke Sharisa Haris kongsi liku hidup demi sesuap nasi

Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue.

2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

Dulu mungkin orang kenal sebab berlakon tapi bukan famous sangat pun. Sekarang mesti orang tak kenal.

Tetapi alhamdulillah pernah tercalon top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014.

Sharisa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya.

@sharisaharis JANGAN CURIGA DENGAN REZEKI!!! @MAMA NOR TAMPIN 🔥🔥🔥🔥🔥 #capcut #akaksado #mamanor#CapCut ♬ Masa Laluku – Kangen Band

Dalam pada itu, aktres tersebut berkata dia telah melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang cuci, pelayan dan kini peniaga sate untuk menampung kehidupan.

Dalam masa sama, Sharisa turut berpesan untuk percaya pada rezeki yang sudah diatur Ilahi.

Perjalanan aku di dunia f&b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017.

Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar satay.

Begitulah kisah akak sado (panggilan nama) dalam mencari sesuap nasi.

Korang yang nampak video ini saya nak pesan, jangan curiga dengan rezeki setelah engkau berpenat lelah berusaha.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berkata mereka masih ingat beberapa drama lakonan Shahrisa.

Malah, wargamaya mendoakan aktres itu berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan selain mendoakan perniagaannya.

Sekadar info, antara drama lakonan Sharisa adalah Monalisa, Aurora Aisyah, Adellea Sofea dan banyak lagi.

BACA: “15 tahun suami menganggur, kerja hanya duduk rumah je, 1 hari anak dara aku menjerit marah abang, cepat-cepat bapaknya masuk bilik”