‘Dah macam alam fantasi’, teleskop canggih rakam keadaan alam semesta terkini

Dah macam alam fantasi teleskop canggih rakam keadaan alam semesta terkini

‘Dah macam alam fantasi’, teleskop canggih rakam keadaan alam semesta terkini. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan gambar-gambar pemandangan alam semesta yang dirakamkan menerusi Teleskop James Webb yang bernilai AS$10 bilion (RM44.44 bilion) baru-baru ini.

Teleskop itu dihasilkan menerusi kerjasama antara NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Lepas Kanada (CSA).

Ia yang dilancarkan pada hujung tahun lalu digunakan untuk menggantikan Teleskop Hubble.

Teleskop James Webb itu dijangka digunakan selama 20 tahun lagi.

“Kami mempersembahkan manusia dengan pemandangan baharu alam semesta daripada Teleskop James Webb dengan pemandangan yang tidak pernah dilihat dunia sebelum ini,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson seperti dilaporkan portal agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat itu.

Dah macam alam fantasi teleskop canggih rakam keadaan alam semesta terkini'Dah macam alam fantasi', teleskop canggih rakam keadaan alam semesta terkini

“Imej-imej termasuk pandangan inframerah terdalam di alam semesta kita yang pernah diambil menunjukkan kepada kita bagaimana Teleskop James Webb akan membantu untuk mendedahkan jawapan kepada soalan yang kita belum tahu untuk bertanya,” ujarnya.

Teleskop itu merakamkan pandangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti bintang yang hampir mati diselubungi debu dan ‘tarian kosmik’ melibatkan sekumpulan galaksi. – Agensi

BACA:

Tular festival bogel dihadiri lebih 600 individu

UiTM buka jawatan kosong, gaji sehingga RM6,000

Nombor plate ‘UG’ dibuka untuk bidaan

CATEGORIES