Dah macam ajaran sesat pula! Ustaz selebriti minta pentaksubnya cium kaki tanda ‘wala’

Oleh INFORAKYAT

Dah macam ajaran sesat pula! Ustaz selebriti minta pentaksubnya cium kaki tanda ‘wala’.Beberapa tahun dahulu saya berceramah di sebuah bank.

Selesai ceramah, seorang staf perempuan meminta saya ke suatu sudut yang sedikit jauh kerana ingin bertanya soalan yg agak sensitive kata beliau.

Beliau memberitahu saya bahawa beliau mengikuti kumpulan seorang ustaz selebriti.

Dah macam ajaran sesat pula! Ustaz selebriti minta pentaksubnya cium kaki tanda 'wala'

Dalam aktiviti mereka, ustaz tersebut mengajar kepada pengikutnya lelaki perempuan supaya mereka mencium kakinya (termasuk staf perempuan yg bertanya soalan ini).

Staf perempuan ini memberitahu kepada saya bahawa dia rasa pelik dgn aktiviti ustaz tersebut. Dia ingin tahu adakah boleh dia mencium kaki ustaz tersebut.

Lalu saya memberi nasihat kepadanya supaya menjauhi ajaran tersebut kerana jelas ia adalah tanda awal kumpulan tersebut mengamalkan ajaran sesat.

Saya memberitahu cara mudah untuk kenal ajaran sesat walaupun menggunakan nama tarikat tertentu, antara lain, mengamalkan pergaulan bebas lelaki perempuan, pengikut perempuan disuruh bersalam dan mencium kaki syeikh dan seumpamanya.

Saya bertanya kepada beberapa orang yang rapat dengan ustaz selebriti tersebut, mereka mengatakan bahawa mereka dah tahu lama.

Saya menyangka cerita seperti ini kalau didedahkan akan menggemparkan negara.
Rupa-rupanya ramai juga yang mempertahankannya.

Begitu liciknya syaitan memperdayakan manusia. Golongan professional yang bijak pandai pun diperbodohkan. Golongan hartawan dan tokoh korporat pun terpedaya. Golongan agamawan yang belajar di negara-negara Arab pun boleh tertipu.

BACA:

“Dosa tak terampun bila mak nangis kerana kesilapan aku, ayah tetap tenang hadapi ejekan masyarakat, ini dosa aku pada mereka

“Masa minta payment umrah tak boleh lambat kalau tak denda, bila minta refund kena tunggu pula 14 hari, rupa-rupanya..”