Dah lah tak diundang, mengadu tak selesa pulak – Mat Salleh ni kena kecam

Oleh INFORAKYAT

Dah lah tak diundang, mengadu tak selesa pulak – Mat Salleh ni kena kecam. Di Malaysia, seakan menjadi satu trend apabila ada Youtuber dari negara luar yang melancong ke sini akan diberikan perhatian. Apatah lagi apabila ada segelintir yang memuji sikit negara kita, orang di sini menyambut baik dan memberikan layanan istimewa kepada mereka.

Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila salah seorang Youtuber yang pernah datang ke Malaysia ini kunjungi Vietnam.

Menerusi satu video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok, dipaparkan lelaki mat saleh ini datang kenduri orang tanpa diundang.

Menerusi rakaman tersebut gadis berkenaan memberi reaksi yang mana dia tidak bersetuju dengan tindakan pengembara berbangsa asing itu. Manakan tidak penganjur majlis perkahwinan itu tidak menjemput ke acara berkenaan, namun dia tetap masuk tanpa segan silu.

Apa yang membuatkan perangai pengembara Youtuber ini menjadi kritikan adalah sudahlah tidak dijemput ke acara berkenaan, boleh pula dia kata tidak selesa apabila tidak dilayan.

Dah lah tak diundang, mengadu tak selesa pulak - Mat Salleh ni kena kecam

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak bersetuju dengan perbuatan mat saleh datang kenduri orang tanpa jemputan dan mengkritik apa yang berlaku tersebut. Berikut antara yang diluahkan ramai:

“Malaysia je yang senang dipergulakan dengan mudah termakan dengan bangsa2 saleh ni”

“Tak selesa ya. Mana adab? Mereka tak kenal awak, tak jemput pun. Kenapa awak ada di sana?”

“Saya masih tak percaya macam mana dia rasa okay dengan apa yang dibuatnya itu”

“Dia terus menerus cakap tak selesa tapi kenapa dia redah masuk majlis orang?”

@queerlamp #duet with @alwingc ♬ Honobono suspicious comedy comical fagott – poco poco music

BACA:

Anak kena ganggu ‘makhluk halus’ buat ibu risau, selamat ada kucing jadi penyelamat

‘Kereta F1 untuk dijual’ – Lelaki ni nak jual dengan harga RM350K sahaja

BCL dikecam hanya pakai Bra semata-mata nak tunjuk tak ‘pregnant’