Seorang lelaki baru-baru ini berkongsi pengalaman yang menjijikkan apabila menemui seekor ulat dalam lauk ikan patin yang sedang dimakannya.
Dalam satu hantaran di Thread, lelaki itu pada mulanya menyangka objek yang dijumpainya itu adalah bunga kantan,
tetapi setelah menggigitnya, dia terkejut apabila mendapati bahawa ia sebenarnya adalah ulat.
“Memang pelik, sebab saya selalu makan nasi kerabu dengan bunga kantan, tapi kali ini rasanya lain.
Lepas gigit, baru saya perasan benda itu ulat,” ujarnya.
Melalui ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa dan memberi nasihat untuk lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan.
“Saya pernah jumpa ulat masa makan bubur lambuk tahun lepas. Bila gigit, rasa rangup. Tahu-tahu tinggal kepala dalam sudu,” kongsi Mimi Samad.
“Kalau pais patin, mungkin peniaga tak perasan ada ulat durian dalam tempoyak itu,” kata Nurul Aliana Fatin.
“Kalau saya, biasanya sebelum makan, saya akan tilik dulu sebelum kena jari,” ujar Naniemonteru.
BACA: Ramai main telan tapi tak sedar bahagian pada ayam ini sebenarnya beracun