Dah boleh ‘halalkan’ ketum? Ini respon Ayob Khan

Dah boleh ‘halalkan’ ketum? Ini respon Ayob Khan.Beberapa faktor perlu dikaji sebelum membuat keputusan menghalalkan penanaman rami dan ketum untuk tujuan perubatan termasuk kos rawatan penagih, kata Bukit Aman hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotiknya Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebagai contoh, kerajaan membelanjakan lebih RM500 juta setahun untuk 36,000 penagih dadah di bawah jagaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ada pihak yang mendakwa dengan menanam ketum, anda boleh mengaut RM180 juta setahun.

“Kita perlu melihat kepada kos lain yang boleh menyebabkan ini bukan hanya keuntungan. Terdapat 130,000 penagih dadah di negara ini, dan sekitar 36,000 sedang menjalani program pemulihan di AADK.

“Purata kos penyelenggaraan seorang banduan di sana ialah RM45 sehari. Dalam setahun lebih RM500 juta,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Dah boleh 'halalkan' ketum? Ini respon Ayob Khan

Ayob Khan berkata kerajaan perlu meminda undang-undang tertentu seperti Akta Racun 1952 dan Kanun Tanah Negara untuk membolehkan dadah ini dihalalkan.

“Ada negeri yang tidak membenarkan penanaman ketum manakala ada yang membenarkannya. Menanam ketum tidak salah, tetapi menuai, memproses dan menjual ketum adalah haram.

“Isu tanah adalah di bawah kerajaan negeri, jadi mereka perlu meminda undang-undang tanah masing-masing juga,” katanya.

Semalam, timbalan menteri komunikasi dan multimedia Zahidi Zainul Abidin berkata Kabinet telah memberi kelulusan untuk membenarkan penanaman rami dan ketum bagi tujuan perubatan.

Beliau berkata permintaan terhadap rami dan ketum adalah tinggi di pasaran antarabangsa.

Bagaimanapun, Zahidi mengingatkan orang ramai supaya tidak terkeliru kerana lampu hijau itu bertujuan untuk keperluan perubatan, bukan untuk rekreasi.
TONTON :

BACA: 

Muzik Video unsur LGBT : Aliff Syukri tiba di bangunan SKMM beri keterangan

Zarina Anjoulie tampil pertahan peguam Hafidzah, anggap Ammar Alfian tak kenang budi

Dah macam drama TV, seorang pun tak perasan adik beradik kembar ni berganti masuk ofis

CATEGORIES