“Dah bertahun ayah lumpuh tak boleh bangun, aku pelik mak masih setia, akhirnya mak dedah punca sebenar ayah sakit”

Oleh INFORAKYAT

“Dah bertahun ayah lumpuh tak boleh bangun, aku pelik mak masih setia, akhirnya mak dedah punca sebenar ayah sakit”

Sebenarnya dah lama aku nak kongsi kisah ni tapi aku malas sebab aku jenis yang akan cerita secara terperinci.

Tapi aku fikir mungkin ada yang akan dapat benefit dari kisah aku ni, jadi apa salahnya kan.

"Dah bertahun ayah lumpuh tak boleh bangun, aku pelik mak masih setia, akhirnya mak dedah punca sebenar ayah sakit"

Ok sebenarnya aku tak pernah pon bercinta. Sebab apa?? Haa meh nak habaq. Kisah aku ni sebenarnya pasal mak ayah aku.

Macam mana aku belajar erti hidup, erti cinta yang sebenar dari mama ayah aku. Korang mesti tahu kan sekarang pernah kecoh yang kes si isteri pukul suami dia yang warga emas tu sebab tak tahan bau kencing tu kan.

Jadi masa aku baca tu, aku teringat dekat mama ayah aku. Aku baca komen ramai yang cakap hati-hati kalau kahwin dengan bini muda kalau tak nak diperlakukan sedemikian rupa.

Okay la ada benarnya tapi dengar dulu kisah yang bakal aku ceritakan ni.

Mak aku masa muda dulu seorang yang sangaaaaaaaatttt cantik la. Ramai peminat. Ayah aku pulak boleh tahan segaknya. Tapi jurang beza umur mak aku dengan ayah aku sangat besar, 21 tahun. Okay so secara ringkasnya, ayah aku kerja yang boleh tahan la pendapatan yang lumayan, barang kemas mak aku usah dicerita, banyak ayah aku belikan.

Rumah banglo dan banyak jugalah harta mereka. Semua benda cukup serba serbi la. Mesti korang pikir mak aku kahwin dengan ayah aku sebab duit kan? Jangan cepat buat andaian, baca dulu cerita aku. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Ayah aku mula sakit lepas mak aku beranak adik bongsu aku. Mula-mula tu ayah macam kena skizo, selalu nampak bende buka-bukan dan cakap sorang-sorang. Kau boleh bayang depression mak aku alami? Lepas beranak adik aku ayah terus sakit yang teruk.

Bila ayah aku dah sakit, dia dah tak kerja. Disebabkan ayah kerja bisnes sendiri bukannya kerja kerajaan atau kerja yang dapat pendapatan bulanan, makan takde nye duit persaraan semua tu. Sejak pada tu, memang sumber pendapatan family kitorang putus. Zero.

Ada simpanan tapi tak lama bertahan sebab kos perubatan bukannya murah. Adik beradik semua 4 orang kecil-kecil lagi. Kau rasa? Makan, minum, sekolah, ubat-ubatan ayah? Aku pon tak tau macam mana kami adik beradik mampu hidup hingga ke harini.

Tapi aku pasti, semua sebab mama. Mama aku tak kerja sebab dia ada sakit belakang yang boleh tahan teruk sejak mengandungkan adik bongsu aku. Jadi mama selalu nangis, depression mungkin and ayah aku pulak sakit.

Tapi aku masatu kecik lagi, b0doh pastinya. Aku tak betul-betul faham perasaan mama ayah aku. Ayah aku sakit selama lebih kurang 7 tahun. Mul-mula lumpuh setengah badan, kemudian sepenuhnya. Ditambah dengan skizo yang agak teruk.

Ok cukup la takat tu korang tau, selebihnya terlalu pahit untuk aku ingat balik. Masa ayah aku sakit mak aku ada la jual kuih sikit, tapi selalu banyak yang tak habis, buang. Akhirnya untung sikit sangat tak berbaloi dengan letih. Tambah kena uruskan ayah aku lagi.

Jadi pada tahun 2015, masa ni masa paling tough bagi aku sebab aku SPM, ayah aku pulak start fully strok. Mama yang jaga sepenuhnya dari tukar pampers, mandi ayah aku, Kasi susu ikut tiub hidung tu, lap muntah. Kau pikirlah, dengan pendapatan takde, susu pampers org tua paling kurang habis berapa sebulan?

Kau tanya la sendiri siapa yang ada pengalaman jaga warga emas. Bila ayah aku strok tu, ditambah teruk lagi sebab ayah aku kena artritis. Jadi tangan and kaki dia bengkok yang teruk and tak dapat diluruskan walaupun kau paksa.

Tangan belok dekat siku, kaki belok dekat lutut. Tambah tulang orang yang sakit strok sangatlah berat, lelaki pulak tu. Betapa payahnya kalau nak tukar pampers and mandikan ayah aku. Tapi mama aku setia, dia buat semua sorang-sorang.

Kami adik beradik ada jugak la tolong, tapi tukar pampers and mandikan memang mama aku yang buat. Bukan takat air kencing, dengan kudisnya lagi, gelembung-gelembung berair dekat seluruh badan. Kau pikir isteri mana je yang mampu bertahan.

Kalau aku di tempat mama aku pon aku tak pasti aku mmpu bertahan. Tapi mama aku tak, dia tahan, sabar urus ayah aku. Padahal kalau ikutkan mama boleh je tinggal ayah, cari laki lain sebab mak aku muda lagi. Tapi tak. Dia setia dan jangan tanya aku kenapa sebab aku takkan pernah faham. It is because she is simply amazing.

Tak lama lepastu setahun kemudian, tahun 2016, ayah aku meninggal. Betu-betul sebelum aku nak pergi ambik result SPM aku. Malam sebelum tu aku jaga ayah dekat hospital, tak henti-henti najis keluar. Masatu dah tau tanda-tandanya kan.

Mata dia tak tutup sepanjang malam, tak tidur tapi degup jantung dia masih ada. Doktor dah cakap ayah aku nazak dan tak banyak harapan. Tapi aku dah banyak kali hadap doktor cakap macam tu sebab ayah aku dah sakit lama.

Aku dah ready secara zahir dan batin la. Tup-tup pagi tu aku tukar shift dengan mak aku jaga ayah. Aku balik rumah lepas subuh, mandi-mandi, tak lama kemudian mama call. Boleh agak kan? Aku bergegas pergi hospital balik dengan adik-adik.

Aku tak pergi pun ambik result SPM, ya aku dapat cemerlang tapi takde apa maknanya bagi aku masa tu. Petang tu jenazah ayah dikebumikan. Aku orang terakhir yang tinggalkan kubur ayah. Ada satu masa aku borak dengan mama aku, kau tau apa yang buat aku nk meraung?

Mama aku cakap, mungkin ayah aku start sakit dulu sebab ayah aku tak beli ubat-ubat darah tinggi dan kolestrol dia. Kenapa? Sebab dia nak kumpul duit mak aku nak beranak. Sampai sekarang kalau aku teringat, aku akan menangis.

Ayah aku seorang yang sangat bekerja keras, kerja outstation. 3 bulan sekali mungkin baru balik rumah. Tapi tu semua sebab nak kumpul duit buat mak aku dengan kami adik beradik. Duit simpanan pon kadang-kadang ada, kadang-kadang takde.

Harta yang mana tinggal semua kami jual untuk perubatan ayah masa sakit, dan buat makan kami sekeluarga. Korang nampak, betapa kau harini kaya, esok belum tentu. Tapi tu tak penting yang penting macam kita lalui semua tu.

Aku rasa apa yang aku saksikan hanya secebis dari kasih sayang mama ayah aku. Kalau tak masakan mama aku sanggup bertahan di sisi ayah aku. Mesti banyak peng0rbanan ayah dan mama, masing-masing yang aku tak sempat pon nak tahu.

Banyak lagi aku tak sempat korek dari mereka sebab aku terlalu muda dulu dan aku tak ambik kisah. Aku harap sangat aku dapat borak lagi dengan mereka, tentang kehidupan, tentang kasih sayang dan cinta. Jadi yang masih ada mama ayah, boraklah sebanyak yang mungkin.

Kau akan belajar banyak dari mereka. Tapi apa pun, aku dah tengok dan banyak yang aku dah belajar dari diorang walaupon aku masih muda. Setahun lepas ayah aku meninggaI, mama aku pulak meninggal. Depan mata aku.

Sebab? Dia s4kit belakang yang teramat mungkin kesan dari jaga ayah aku. Yelah nak membalik-balikkan tubuh ayah aku masa dia kena strok dulu. Tukar pampers, lap badan ayah aku, sapu ubat. Lebih dari kudrat dia.

Apa-apa pun, aku bersyukur sebab akhirnya mama dan ayah aku dah dapat berehat dengan tenang di alam sana. Dah tak payah pikir nak besarkan kami adik beradik, tak payah pikir pasal tak cukup duit, tak cukup makan. Tak payah bersakit-sakit lagi.

Aku harap segala sakit, segala susah hidup yang mereka rasai adalah suatu bentuk rahmat Allah SWT untuk bersihkan dosa-dosa mereka semasa hayat mereka. Semoga mereka menghadap Allah dalam keadaan sebaik-baik yang mereka mampu jadi. InsyaAllah amin.

Pensyarah aku penah cakap, ibubapa yang meninggaI tu diorang pulang ke kampung. Nanti kita pon balik kampung jugak di syurga jumpa mereka, jadi tak payah sedih sangat ek. Dari mereka aku belajar cinta sebenar.

Walaupon Allah pinjamkan mereka untuk aku kejap je, tapi aku rasa aku dah belajar apa yang aku patut belajar dari mereka. Sebab tu aku tak mudah claim suatu perhubungan tu cinta. Cinta tu suci. Cinta tu peng0rbanan.

Cinta tu tak indah, cinta tu pahit. Tapi kau nikmati kepahitan cinta tu. That’s why love makes you ‘duumb’ i guess. Masa muda, tiada beban, semua pun mampu ada di sisi kau. Masa tua? Masa sakit? Masa tak punya apa-apa? Take your time untuk nilai sendiri, life is not a race so no need to rush.

Sekian terima kasih yang mana baca sampai habis. Sebenarnya panjang lagi, tapi yang mana perlu tapi pahit tu biarlah aku simpan buat diri aku sendiri je. Yang mana kawan aku tapi rasa macam tahu aku tapi tulis cerita ni, buat-buat tak tau jelah eh, aku cerita ni cukup supaya orang dapat ambik sedikit sebanyak manfaat.

Hargai ibubapa kita, hargai cinta, bersyukur selalu dengan apa tapi kau ada sebab tapi kau ada tak kekal harta, orang tapi kau sayang, mereka akan pergi tinggalkan kita suatu hari nanti. – Tehah

Komen warganet :

Norizan Mamat : Salam Tehah, makcik baca sampai habis. Sedihnya..Cinta tu suci. Cinta tu pengorbanan. Cinta tu tak indah, cinta tu pahit. Tapi kau nikm4ti kepahitan cinta tu. Setuju sangat dengan kata-kata tu. Cinta itu tak seindah pelangi kerana cinta hadir dengan dugaan tapi rasanya tetap manis kerana hati kita tetap berbunga dalam sengsara.

Tak semua orang mampu rasa cinta saat diuji. Sangat terinspirasi membaca cerita ibu dan ayah Tehah. Teringat kat mak dan ayah makcik. Waktu makcik kecil masih baby, mak dan ayah makcik diduga. Dalam 9 bulan kut mak terpisah dengan ayah (ada masalah).

Makcik ada 2 kakak, seorang abang. Kami 4 beradik. Semua kecil kecil lagi. Mak cerita dia terpaksa menjaga kami dan bekerja menoreh getah. Ya Allah.. hebatnya mak. Ayah makcik dah tak ada dah. Mak pun dah sangat-sangat tua hmmmm sedihnya, Semoga Tehah baik baik saja dan bertemu jodoh yang membahagiakan hingga akhirnya. Big hug Tehah.

Eul Naomi : Tehah aku rasa kau patut sambung confession kau. Bagi semangat sikit kat mereka2 yang mungkin sedang / akan diuji. Supaya kita semua sedar kalau kita rasa susah, ade lagi orang yang lebih susah. Tapi bagaimana mereka melalui setiap dugaan itu dengan jayanya. Aku doakan kau berjaya.

Fatin Izzati : Berair mata baca, kasih sayang mak ayah pada anak-anak tak berkira, kasih sayang suami isteri ada hadnya kata mak aku, aku kagum tahu pasal emak tehah ni, semoga Allah baIas jasa mak ni dengan dapat anak yang berjaya, tengoklah tehah pon perform SPM, Allah tu baik

BACA:

‘Tiket flight macam tiket bas dia buat’, Azhar Sulaiman pening Leona balik dari UK hanya nak pergi bazar ramadhan TTDI

‘Tak logik jalan kaki 3 hari sampai KL, KOMANDO pun pencen macam ni’, netizen persoal Noorazlan