Dah bergelar jutawan, Adi Putra buka cerita sebenar. PELAKON Datuk Adi Putra enggan digelar sebagai seorang jutawan seperti mana pernah dikatakan sebelum ini walau sudah berjaya dalam dunia perniagaan.
Dengan rasa rendah diri, Adi, 41, berterima kasih pada pihak yang memberi gelaran berkenaan namun menganggap wang ringgit bukanlah erti kekayaan sebenar.
“Wang ringgit itu samalah seperti sehelai kertas. Kalau dikoyakkan ia sudah tidak bernilai. Bukan saya yang jutawan, tetapi Allah adalah jutawan sebenarnya.
Lakonan hebat Adi dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dapat pujian ramai.
“Kalau ada yang kata saya jutawan, saya berterima kasih. Namun saya minta janganlah panggil saya dengan gelaran sebegitu,” katanya kepada mStar.
Adi yang mengusahakan sebuah syarikat pengurusan jemaah haji berkata demikian ketika ditemui dalam satu sesi bersama media di Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, bercakap tentang kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang kini berjaya meraih kutip tertinggi, Adi berkata, ia bagaikan satu lembaran baharu dalam industri perfileman negara.
Dalam masa sama, Adi melihat fenomena ini menjadi satu saingan hebat buat pembikin filem lain untuk terus menghasilkan karya bermutu selain meningkatkan promosi.
Bukan saya yang jutawan, tetapi Allah adalah jutawan sebenarnya.
DATUK ADI PUTRA
PELAKON
Mendapat komen positif tentang lakonannya dalam filem tersebut, Adi bimbang sekiranya hanyut dengan pujian dan disebabkan itu sentiasa berpegang kepada lima rukun Islam sebagai prinsip serta pelindung dirinya daripada sifat riy4k.
“Kejayaan filem Mat Kilau adalah satu lembaran baru dalam sejarah filem negara. Kita juga perlu fikirkan filem-filem lain yang akan keluar kerana semua ada sasaran sendiri. Jadi ia merupakan satu persaingan sihat dan terpulang kepada produksi bagaimana untuk mempromosikan karya mereka.
“Setiap pujian itu ada ujiannya juga. Saya takut lupa diri apabila filem ini menjadi fenomena. Justeru apa yang ada sekarang ini amat saya syukuri.
Adi bersama isterinya.
“Rukun Islam sentiasa menjadi prinsip hidup saya kerana di dalamnya sudah ada syahadah sebagai satu pengakuan kita sebagai seorang Muslim. Kalau berpegang kepadanya, Allah akan sentiasa menjaga kita,” ujarnya.
Pada majlis sama, Adi bersama isteri, Datin Aida Yusof turut memperkenal produk terbaharu mereka iaitu minyak pati aromaterapi jenama Amrani.
BACA:
Sudah bergelar jutawan, ini respon Nana
Lebih 80,000 jutawan akan berpindah ke sebuah negara baharu
Jumpa muntah ikan paus di laut, Nelayan ini jadi jutawan segera