Dah 20 tahun kekal harga makanan, peniaga dakwa rezeki makin bertambah

Dah 20 tahun kekal harga makanan peniaga dakwa rezeki makin bertambah

Dah 20 tahun kekal harga makanan, peniaga dakwa rezeki makin bertambah. Seorang usahawan nasi campur dari Seberang Jaya, di sini mampu menghela nafas lega selepas strategi menyediakan hampir 100 jenis aneka lauk masakan panas dengan harga ‘marhaen’ berbaloi.

Pemilik Jijah Nasi Campur, Noor Azizah Ariffin, 35, berkata, dia tidak menaikkan harga jualan nasi campurnya kerana memahami situasi golongan rakyat tempatan yang terkesan dengan kos sara hidup kian meningkat.

“Harga yang dikenakan untuk nasi lauk ayam dan sayur adalah sekitar RM5 iaitu sejak zaman arwah ayah saya berniaga kira-kira 20 tahun lalu.

“Ini kerana saya sangat memahami situasi rakyat tempatan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup kian meningkat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di premis makanan yang diusahakan bersama suaminya, Mohd. Usman Majid, 44, di Medan Selera Taman Siakap, di sini, baru-baru ini.

Kata anak kedua dari empat beradik itu, meskipun berdepan kenaikan kos bahan mentah seperti ayam, daging, telur, minyak masak dan lain-lain barangan, dia tidak mengabaikan aspek kualiti serta kebersihan makanan yang dijual.

Dah 20 tahun kekal harga makanan, peniaga dakwa rezeki makin bertambah

“Atas dasar itulah saya merasakan rezeki semakin murah dan sambutan pelanggan semakin hari semakin meningkat. Syukur sangat,” katanya yang mula menyambung legasi perniagaan arwah bapanya sejak tahun 2014.

Noor Azizah yang dahulunya pernah memiliki kerjaya sebagai perunding penasihat insurans dan pelaburan di sebuah syarikat perbankan tempatan berkata, dia sanggup meninggalkan kerjayanya yang boleh dikatakan lebih selesa dengan pulangan gaji lumayan disebabkan tidak sanggup melihat perniagaan bapanya terhenti.

Ketika itu, katanya, hasil yang diperoleh dalam sehari sekitar RM80 berbanding modal yang dikeluarkan sebanyak RM200.

“Namun, saban tahun pelanggan mula ramai dan dari situlah saya mula meningkatkan jumlah bilangan lauk sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang hampir 100 jenis lauk masakan panas.

“Kesemua lauk yang disediakan itu telah habis terjual dengan pulangan hasil sebanyak RM5,000 sehari,” katanya sambil menambah antara lauk ‘laku keras’ ialah ikan keli masak berlada, ayam masak pedas dan ayam goreng.

BACA:

Teruk kena hentam air balang rasa tak sedap, Syahmi Sazli akhirnya bersuara

Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

Geng RXZ members pakat serbu D’flora selepas event, Darlene kembali senyum

CATEGORIES