Daging dendeng Perak ‘style’ masukkan bawang goreng baru ‘kick’

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Gara-gara penangan daging dendeng Khairul Aming (KA), warganet mula berkongi resepi daging dendeng.

Walaupun tak sama dengan KA asalkan ia daging dendeng.

Biasanya daging dendeng dimasak di pagi hari raya, makan dengan ketupat pasti terangkat.

Daging dendeng Perak ‘style’ masukkan bawang goreng baru ‘kick’

Tapi ada satu daging dendeng yang di kongsi dari Fb Santai Resepi katanya dari Perak.

Ianya agak lain daripada yang lain tapi ternyata ianya sungguh sedap.

Nak tahu resepinya tapi ia letak bawang goreng. Sedap ke? Jom kita buat:

Bahan-Bahan:

1 kg daging (tak mo yang banyak lemak yer)

– Rebus hingga lembut, pastu potong, jangan potong tebal-tebal yer.
– Kemudian renjiskan kicap manis pada daging gaul rata.
– Panaskan sedikit minyak, goreng daging sekejap, angkat dan toskan.
– Kemudian tumbuk daging guna lesung batu, deng..deng..deng.. jangan tumbuk sampai hancur pulak tau

Bahan Lain:

-6 batang serai diketuk, pastu goreng sampai agak perang toskan (serai memang kena banyak baru original dendeng)
-10 helai daun limau purut (yang ni saya saja buh nak bagi wangi)
-1 cawan air rebusan daging
-2 sdb gula
-1 sdt garam
-1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
-Sedikit bahan perasa
-Kicap manis
-Kicap masin
-1 dan 1/2 cawan bawang goreng, lagi banyak lagi sedap.

Bahan Kisar:

-25 tangkai cili kering (nak pedas boleh tambah)
-3 biji bawang besar
-8 ulas bawang putih
-Sebesar ibu jari halia
-5 batang serai hiris (bahan utama dendeng jangan skip tau)
-1 cawan minyak masak

Caranya:

Masukkan bahan kisar dalam kuali. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau purut yang dah dicarik-carik dan serai yang dah digoreng. Masak hingga naik minyak dan berubah warna.

Masukkan gula, garam, air asam jawa, masak lagi hingga agak garing. Bila dah agak garing masukkan air rebusan daging.

Renjiskan kicap manis (kicap manis kena lebih yer) kemudian, renjiskan sedikit sahaja kicap masin (sekadar nak bagi gelap).

Bila dah pekat dan hampir kering terus masukkan daging dan baki daun limau purut, gaul sebati.

Masukkan pula bawang goreng, gaul sebati. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidang. Boleh buang lebihan minyak

Baca juga:“Awalnya kami ditatang bagai minyak yang penuh tapi nenek mula tunjuk belang, semua jadi bila nenek tak boleh tukar nama wasiat arwah mama”