Curi bahan binaan rumah, Menteri kabinet ditahan

Oleh INFORAKYAT

Curi bahan binaan rumah, Menteri kabinet ditahan.

Seorang menteri kabinet  akan menghabiskan sisa hayatnya di penjara selepas didakwa atas skandal membabitkan kecurian ribuan kepingan bumbung logam.

Portal BBC News melaporkan, Menteri Wilayah Mary Goretti Kitutu didakwa mengagihkan bahan bumbung kepada saudara-mara dan pegawainya, bukan kepada masyarakat Karamoja.

Curi bahan binaan rumah, Menteri kabinet ditahan

 

Kitutu mengaku tidak bersalah di mahkamah dan dinafikan untuk diikat jamin.

Berikutan itu, Kitutu akan kekal dalam tahanan sehingga Rabu depan.

Sekurang-kurangnya 10 lagi tokoh kanan kerajaan didakwa menerima sebahagian daripada bumbung yang dicuri itu.

Ia termasuk naib presiden, perdana menteri, speaker parlimen dan menteri lain, menurut ketua pemeriksa kerajaan.

A view of the sea

Sebahagian daripada mereka memberitahu jawatankuasa parlimen menyiasat skandal rasuah membabitkan 14,500 kepingan bumbung logam yang hilang, bahawa mereka tidak memintanya.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta maaf dan menggesa pegawai lain untuk mengembalikan bumbung berkenaan.

Speaker, Anita Among memberitahu bahawa dia sudah memulangkan apa yang diterimanya.

Media tempatan melaporkan, seorang menteri, baru-baru ini, terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada bumbung itu dari kandangnya.

BACA:

Ini kisah sedih Rowan Atkinson disebalik watak Mr Bean yang ramai tak tahu

“Isteri aku kata dia outstation je, rupanya ini yang dia buat belakang aku masa dia outstation dengan kawan baik dia”