Cuma beri idea cara bernas urus sisa manusia, agensi ini tawar ganjaran RM13 juta!

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Penyelesaian ini bukan sahaja diperlukan untuk misi masa depan, tetapi juga diharapkan dapat memberikan faedah jangka panjang kepada Bumi.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) telah melancarkan satu pertandingan unik yang dinamakan LunaRecycle Challenge,

Bertujuan untuk mengurus sampah dan sisa manusia, dengan hadiah yang ditawarkan sebanyak USD 3 juta atau kira-kira RM13 juta, lapor Tech Round.

Pertandingan ini diadakan untuk mencari penyelesaian inovatif dalam pengurusan sampah,

Termasuk sisa manusia yang telah ditinggalkan di Bulan sejak misi Apollo.

Cuma beri idea cara bernas urus sisa manusia, agensi ini tawar ganjaran RM13 juta!

Menurut rekod NASA, terdapat 96 beg sisa manusia yang ditinggalkan oleh angkasawan Apollo semasa misi ke Bulan. Dalam misi tersebut, angkasawan mengumpul kotoran dan air kencing mereka dalam beg khas.

Bagi menjimatkan berat kapal angkasa semasa perjalanan pulang, beg-beg ini, bersama dengan pelbagai sampah lain seperti peralatan sains, pakaian, dan bungkusan makanan, telah dibuang di permukaan Bulan.

Walaupun sampah angkasa ini tidak memberi kesan ketara, ia berpotensi menjadi masalah besar di masa depan. Oleh itu, LunaRecycle Challenge ditubuhkan untuk mencetuskan idea-idea baru dalam pengurusan sampah di Bulan.

Menurut Amy Kaminski, eksekutif program NASA, mereka berharap pertandingan ini dapat menghasilkan pendekatan inovatif dalam pengurusan sisa di Bulan, dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan untuk memperbaiki pengurusan sampah di Bumi.

“Dengan ini, kami mencari pendekatan inovatif terhadap pengelolaan sampah di Bulan dan bertujuan untuk membawa pelajaran yang dipelajari kembali ke Bumi untuk kepentingan semua,” kata Amy dalam satu kenyataan.

Penyertaan dalam pertandingan ini dibuka kepada penyelidik, pereka, saintis, dan sesiapa sahaja yang mempunyai idea kreatif untuk menangani masalah sisa di angkasa lepas.

LunaRecycle Challenge merupakan sebahagian daripada inisiatif NASA yang telah berjaya mencetuskan pelbagai inovasi dalam pelbagai sektor sebelum ini.

BACA: Tak pertanding 5 jawatan utama, Bersatu ibarat cakap tak serupa bikin