Salah satu hidangan menu petang yang menjadi kegemaran ramai ialah cucur kelapa.
Walaupun resepi cucur kelapa ini mudah untuk disediakan, namun masih ada yang menghadapi masalah apabila cucur yang dihasilkan menjadi leper.
Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, terdapat satu tip yang boleh diikuti seperti perkongsian di bawah
Marilah mencuba resepi cucur kelapa yang menyelerakan ini.
Bahan-bahan:
– 2 cawan tepung (guna tepung naik sendiri)
– 3 sudu tepung beras
– 1 cawan kelapa parut
– 1/4 cawan gula
– Secubit garam
– Susu cair
– Air secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan di atas ke dalam bekas.
2. Masukkan air, tambahkan sedikit susu cair sehingga mendapat adunan yang sederhana pekat.
3. Guna senduk atau whisk kacau sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Jika terlalu cair, tambahkan sedikit lagi tepung atau kelapa.
4. Sediakan periuk atau kuali. Masukkan minyak secukupnya. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit, kerana cucur kelapa mungkin tidak akan terapung dan menjadi leper.
5. Masukkan cucur dengan menggunakan tangan. Apabila cucur kekuningan dan garing, angkat dan toskan minyak.
*Pastikan minyak benar-benar panas untuk mengelakkan cucur kelapa menyerap terlalu banyak minyak.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!