“Cubalah ceraikan aku, cakap sekarang! Cepat! Kenalah berani cakap cerai! Isteri cabar aku cerai dia sampai family aku pun dengar”

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Assalamualaikum semua, aku baru saja berkahwin 6 bulan. Umur 28 tahun. Perkahwinan yang dibina bukan atas dasar suka sama suka,

Tiada perasaan cinta dan sayang dari aku tapi mungkin hanya belas ihsan. Perkahwinan ini atas pilihan keluarga.

Aku nak meluah di sini bukan nak memburukkan isteri aku. Korang tak kenal pun aku kan. Bukan apa, aku buntu sangat – sangat.

Dari awal seminggu perkahwinan lagi, isteri aku dah meminta cerai. Perkataan cerai sangat mudah dia lafazkan, entah berapa ratus kali dah.

Aku bertahan sebab family dulu. Lagi pun baru seminggu kahwin takkan dia terus nak cerai. Sampai lah ke hari ini, dia selalu menc4bar kesabaran aku. Dia kata “

"Cubalah ceraikan aku, cakap sekarang! Cepat! Kenalah berani cakap cerai! Isteri cabar aku cerai dia sampai family aku pun dengar"

Cubalah ceraikan aku, cakap lah sekarang !!! Cepat !!! Kenalah berani cakap ceraiii!!!!” Sampai family aku dengar.

Lepas tu dia terus hempas pintu kuat – kuat dan terus pergi ke rumah mak dia pulak. Mak aku sampai terk3jut dan rasa pelik. “Kenapa bini kamu ni pergi jalan pun tak pernah bagitau” kitorang ni PJJ ye. Cuma setiap bulan, aku selalu balik rumah memang semua benda tak kena di mata dia.

Aku ni kerja kat Kedah, asal Sarawak. Even aku kat Kedah, dia tak pernah bagitahu atau minta izin aku dia nak pergi mana. Nak pergi kerja pun tak ada chat langsung. Pelik kan? Kalau kat rumah mak aku tu dia buat macam hotel, tak pernah dia bagitau family aku kalau dia nak keluar. Suka hati dia je menghilang.

Perkahwinan aku sungguh tak bahagia. Orang kata, tak ada rasa ketenangan tu dan tiada keserasian. Kalau aku cuba bercakap, berbincang dengan dia, macam semua pun tak masuk dengan dia. Dia diam ja. Kadang – kadang kalau aku cuba bergurau manja pun dia tak layan.

Aku sekarang ni walaupun dah bekerja tapi aku sambung master PJJ, so memang ada assignment lah. Masa cuti, aku balik kampung, aku buat lah assignment. Tapi apa yang dia cakap “tak payah lah sambung study master ni, bukan boleh buat apa pun.”

Kemudian aku pun cakap ingat yuran master ni seringgit dua ringgit ke nak suka suka berhenti. Ini cita – cita aku untuk masa depan aku jugak nanti, untuk keluarga kami. Bila aku ada exam, dia tak ada nak support apa – apa pun. Moral support semua tak ada.

Dia cakap, “lebih baik awak tak payah balik lah sini, semak, tak ada guna pun balik kalau busy.” Padahal sebelum kahwin dia memang tahu tentang benda ni, dia kata dia support je minat aku. Lepas kahwin semua berubah.

Aku bukan busy tak ingat dia, ingat je tapi patutnya saling bertolak ansur lah. Mungkin sebab dari segi education background kot yang buat kami tak serasi. Bukan nak berlagak, tapi ada yang kata education background tu menentukan cara kita berfikir, mindset kita. D

ia belajar sampai SPM je terus dapat kerja sebab dia terus dapat SPA. Kalau aku kat rumah Mak dia pun sama, dia asyik tengking aku. Sampai Mak dia pelik dengan per4ngai dia. Kenapa layan suami macam tu kata mak dia.

Aku pernah lah cakap dengan dia, hari ni saya hantar awak pergi kerja ya. Dia mengelak, “tak payah, nak pergi sendiri saja”. Setiap hari g4duh terus, tak ada ketenangan. Kadang – kadang, dia pun suka tetiba Block WhatsApp aku.

Semua benda yang aku buat tak kena di mata dia. Lagi – lagi bab study ni dia memang tak support aku langsung. Aku pernah terdengar percakapan dia dari telefon. Rasanya dia telefon member dia. Member dia siap bandingkan suami siapa yang terbaik. Suami siapa lagi romantik, suami siapa paling caring.

Aku pun terus masuk lah dalam bilik tu “daripada cerita kebaikan suami orang, kenapa tak cerita kebaikan suami sendiri” then dia kata “aku tak tahu nak cerita apa pasal kau ni” Aku pun macam hmmmm. Then dia ada cakap lagi “kau ceraikan je lah aku. Ke kau tunggu aku ada jantan ni baru nak cerai, ok kau tunggu eh”

Entah lah bila PJJ pun, selalu cakap cerai. Ada depan mata pun semudah itu cakap cerai. Maybe ada kaitan dengan masa silam dia. Aku tak tahulah dia nak kahwin dengan aku ni Nak tutup hal sebenar ke apa. Aku dapat tahu, sebelum ni dia suka sama jenis dia. “l3sb1An”.

Dari zaman dia masuk SPA lagi, dia memang “l3sb1An”. Memang ada hubungan, malah lebih romantik dari aku. Kalau korang para suami di tempat aku, apa korang buat. Maaf, aku dah tak tahan sangat. Aku tak ada cerita dengan kawan – kawan aku. Hanya family je tahu hal ni. – Misbun (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Insyirah Soleha : Dik, lebih baik fokus belajar lah dik. Lain macam isteri awak ni dik, nak pula endingnya cakap pasal kisah silam tu. Tak tahu nak komen apa dik, takut salah komen awak yang mer4na. Istikharahlah dik. Minta petunjuk Allah. Berbincanglah dengan mak ayah. Jangan h4ncurkan kehidupan awak. Itu saja.

Siti Nor : Perkahwinan ni untuk ketenangan kalau asyik serabut berg4duh je lebih baik single. Cara isteri awak pun seperti dia tak berminat dengan kehidupan berumahtangga.

Mungkin awak risau dengan pandangan keluarga tapi rasanya dengan apa yang mereka lihat, family takkan salahkan awak, jika awak ambil tindakan.

Cuba bincang berdua dulu, kalau tak boleh libatkan mak ayah sekali. Kalau tak boleh juga, ambil la tindakan yang sewajarnya yang terbaik untuk semua pihak.

BACA: ‘Dia disahkan mati lemas, sedangkan dipukul sampai cedera organ dalaman’ Netizen persoal apa jadi kes buli kedua selepas Zulfarhan