Cicak sering menjadi punca ketidakselesaan di rumah. Ada yang geli, ada pula yang takut dengan kehadiran haiwan kecil ini.
Kalau rumah sudah mula dipenuhi cicak, memang rasa terganggu.
Tapi jangan risau! Anda boleh buat perangkap cicak sendiri menggunakan cara mudah yang hanya memerlukan dua alat.
DIY Perangkap Cicak dengan 2 Alat Sahaja
Seorang pengguna Facebook berkongsi tip mudah menangkap cicak menggunakan bahan yang sangat ringkas.
Bahan dan Alat yang Diperlukan:
1. Kotak (dipotong kecil)
2. Double-sided tape bersaiz lebar
3. Gunting
4. Umpan: Nasi dan cebisan ikan bilis
Anggaran Kos: Sekitar RM2
Langkah-Langkah Membuat Perangkap Cicak:
1. Sediakan Kotak
Potong kotak menjadi saiz kecil yang mudah diletakkan di lokasi cicak berkeliaran.
2. Lekatkan Double-Sided Tape
Gunakan double-sided tape yang lebar. Semakin lebar, semakin berkesan.
3. Letakkan Umpan
Letakkan nasi dan ikan bilis di tengah-tengah perangkap. Anda juga boleh cuba ikan masin sebagai umpan alternatif.
4. Pasang Perangkap
Letakkan perangkap ini di kawasan yang sering menjadi laluan atau tempat cicak berkumpul.
Hasilnya?
Dengan kaedah ini, cicak akan terperangkap dengan mudah.
Masalah cicak di rumah pun dapat diatasi tanpa kos yang tinggi atau menggunakan bahan kimia berbahaya.
Cubalah sendiri, pasti berkesan!
baca: Konon nak ‘work life balance’, lelaki kongsi bahaya kerja sendiri