Cubaan menculik 2 budak sekolah gagal, cara orang awam belasah buat ramai puas hati

Oleh DAHLIA MARZUKI

Gara-gara cubaan mencuri sebuah kereta yang mempunyai pelajar sekolah di dalamnya,

seorang individu yang tak dikenali telah ditangkap dan dipukul oleh orang ramai.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah itu dikatakan terjadi kira-kira jam 5 petang pada Selasa (semalam),

Cubaan menculik 2 budak sekolah gagal, cara orang awam belasah buat ramai puas hati

Yang mana ketika itu terdapat enam orang kanak-kanak di dalam kenderaan tersebut.

Menurut sebuah video yang tular di X, kelihatan beberapa orang lelaki menangkap individu tersebut dari dalam kereta dan membelasahnya di tepi jalan.

Kedengaran juga tangisan didakwa pelajar sekolah yang berada di tempat kejadian, trauma dengan perkara yang berlaku di depan mata.

Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin dalam satu kenyataan berkata, suspek melarikan kereta berkenaan di hadapan sebuah kedai runcit tepi jalan di Kampung Pinousuk.

Namun usahanya melarikan kereta itu berjaya dihalang apabila suspek ditahan pihak polis berdekat Sekolah Kebangsaan Pinousuk, Ranau, kira-kira 15km dari lokasi kereta itu dicuri.

Sementara itu, enam orang kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian itu dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ajlu4Ram Buletin Tv3 41 1024X538 1Sumber: Buletin TV3

Menurut sumber, suspek sebenarnya dikatakan hanya berniat mahu mencuri kereta berkenaan, namun tidak menyangka ada beberapa budak di dalam kereta itu sebelum dibelasah orang ramai.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 kanun yang sama.