Cuba buat sendiri ‘meatball’, tak perlu habiskan duit beli yang ‘frozen’

Oleh DAHLIA MARZUKI

Bapi peminat bebola daging atau meatball, tak kiralah makan dengan sos lada hitam atau spageti,

Korang mesti tahu kalau beli yang ‘frozen’ boleh tahan mahalnya.

Kalau buat sendiri di rumah, saiz boleh ditentukan, nak besar atau kecil ikut kemahuan empunya badan.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Anis Fadliyana Abd Majid menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Cara buat bebola daging

Cuba buat sendiri ‘meatball’, tak perlu habiskan duit beli yang ‘frozen’
Bahan-bahan:

Daging (kisarkan bersama bawang – tiada sukatan tepat, agak-agak sahaja)

Lada sulah secukup rasa

Telur (saya guna sebiji)

Garam secukup rasa (boleh juga tambah gula atau perasa ikut citarasa)

Tepung gandum (saya guna sesudu besar)

Cara-cara:

Kisarkan daging bersama bawang holland dan bawang putih.

Masukkan lada sulah. Boleh tambah rempah dan sayur seperti lobak merah, batang saderi atau apa sahaja cumanya jangan banyak la. Biar isi daging lebih baru sedap.

Masukkan sebiji telur. Perasakan sikit dengan garam. Nak letak gula atau cukup rasa pun boleh, saya letak garam sikit je.

Masukkan tepung. Saya guna tepung gandum sesudu gunung je.

Kalau ikut kebanyakkan resepi guna tepung ubi. Tapi saya tak ada tepung ubi. Saya letak tepung gandum sikit nak bagi macam melekat kan.

Bentukkan seperti bebola atau bentuk macam daging burger, saiz ikut suka

Didihkan air dan masukkan bebola tadi.

Rebus hingga ia timbul dan masak.

Nak buat sup boleh, makan dengan spageti bolognese pun sedap, nak simpan dekat sejuk beku pun tak ada masalah.

Buat sendiri rasa lebih selamat dan menyihatkan.

Baca jugaPengorbanan wanita gendong suami sakit naik turun flat raih perhatian netizen