Seorang pemuda yang disyaki mencuri barangan elektronik telah membuang air besar di dalam seluarnya
semasa ditahan di dalam kereta polis di Kotamobagu, wilayah Sulawesi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Prohaba semalam.
Sebelum pemuda tersebut ‘melepaskan hajatnya’, beliau telah ditahan oleh polis sebagai suspek utama
dalam kes kecurian barangan elektronik di lima lokasi berbeza di bandar tersebut.
Selepas ditahan dan dibawa menaiki kereta polis baru-baru ini, beberapa anggota polis terpaksa keluar dari kenderaan tersebut kerana tidak tahan dengan bau yang ‘semerbak’.
Ketua Polis Kotamobagu, Dasveri Abdi, mengesahkan bahawa kejadian tersebut direkod menggunakan kamera telefon bimbit milik salah seorang anggota polis sebelum rakaman itu dimuat naik ke laman Facebook.
Rakaman menunjukkan salah seorang daripada empat anggota polis bertanya kepada suspek sama ada beliau telah membuang air besar di dalam seluar, dan pemuda tersebut mengakui telah melakukannya, menyebabkan kereta polis terpaksa berhenti.
BACA: “Aku ‘ter’hamil hasil hubungan dengan suami orang, aku terpaksa nikah senyap-senyap diseberang”