Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong. Semua pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah itu berkata semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan masuk ke negeri itu.

“Keputusan ini telah dibuat Kerajaan Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Covid makin parah di China, Sabah wajibkan ujian saring pelancong

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 15 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam.

BACA:

Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan

Video Uqasha Senrose peluk cium adik ipar sendiri jadi kecoh

Baru kahwin 2 tahun, isteri kata Cat Farish dah lafaz cerai 3 kali

CATEGORIES