COVID-19 : USM Laksana Inisiatif Kuliah Online

COVID-19 : USM Laksana Inisiatif Kuliah Online

Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjalankan semua kuliah secara dalam talian mulai hari ini dalam usaha membendung penularan virus COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Naib Canselornya, Profesor Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata semua penuntut akan dimaklumkan mengenai butiran kuliah secara dalam talian itu oleh dekan pusat pengajian masing-masing dalam masa terdekat.

“Perubahan ini pastinya akan menimbulkan banyak persoalan kepada tenaga pengajar dan pelajar. Itu merupakan antara 16 inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan serta keselamatan seluruh warga universiti ini dalam usaha membendung penularan COVID-19,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-usm-laksana-kuliah-secara-dalam-talian-233796