Covid-19 : Kluster Jalan Badak kerana hadiri ceramah agama di masjid

Covid-19 : Kluster Jalan Badak kerana hadiri ceramah agama di masjid

Walaupun kerajaan telah melarang sebarang bentuk perkumpulan bagi mengelak rantaian jangkitan Covid-19 terus mengganas tetapi masih ada lagi rakyat tidak peduli.

Buktinya di Jalan Badak, Kampung Jeliang, Kuala Kangsar, seramai 23 daripada 57 individu yang telah disaring dikesan positif Covid-19.

Penularan di lokaliti tersebut membentuk Kluster Jalan Badak yang dikategorikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai kluster keagamaan.

Kluster itu melibatkan satu majlis ceramah yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 15 Januari lalu.

Kes indeks bagi kluster tersebut iaitu kes ke- 226330 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Februari lalu hasil saringan individu bergejala.

Kluster Jalan Badak antara 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti. Sembilan kliuster lain berkaitan tempat kerja manakala satu kluster lagi melibatkan komuniti.

Berikut butiran perincian 11 kluster baharu Covid-19 yang telah dikenal pasti seperti diumum KKM semalam:

KLUSTER JALAN BADAK
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 226330) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis ceramah yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 15 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Badak, Kampung Jeliang, Kuala Kangsar. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PATIKANG ULU
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-236561) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan perjumpaan dalam komuniti yang berlangsung di Kampung Patikang Ulu, Keningau. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 37 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ISTIMEWA CEMERLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa 7, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 311 individu telah disaring, di mana 109 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU 57
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247495) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 57, Ayer Hitam, Batu Pahat. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN USAHA SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Usaha 1, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pontian. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 299 individu telah disaring, di mana 70 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TEBRAU KHAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-250923) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PERSIARAN TEKNOLOGI KULAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Teknologi, Taman Teknologi Johor, Senai. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 236 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN SETIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Setia Murni, Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN JELATEK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, Gombak. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SEPULUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah gudang yang terletak di Jalan U10/10D, Shah Alam. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER RIA JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Ria Jaya Light Industrial Park, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 567 individu telah disaring, di mana 81 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

Sumber : https://cabaidaily.com/gara-gara-hadiri-ceramah-agama-23-orang-kampung-jeliang-dijangkiti-covid-19/