Covid-19 : Jumlah pesakit di ICU melonjak

Covid-19 : Jumlah pesakit di ICU melonjak

Kes baru Covid-19 di negara ini menunjukkan sedikit kelegaan berbanding semalam namun kekal pada empat angka.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang tempoh 24 jam lalu sebanyakl 3,339 kes baru dikesan dengan 15 daripadanya membabitkan kes import.

Pada masa sama sebanyak tujuh kematian direkodkan menjadikan jumlah korban akibat wabak itu setakat ini seramai 601 orang.

Kes sembuh pula sebanyak 2,676 menjadikan jumlah sembuh kumulatif menjadi 120,051 kes.

Dalam tempoh sama juga bilangan pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bertambah 35 orang berbanding semalam, menjadi 240 kes pada hari ini.

Pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan juga meningkat kepada 93 orang berbanding 79 semalam.

Berikut adalah indikator penting perkembangan terkini Covid-19:

Kes aktif: 37,782 (bertambah 656 kes)

Pesakit di ICU: 240 (pertambahan tertinggi – 35 kes – setakat ini)

Pesakit perlukan bantuan alat pernafasan: 93 (bertambah 14 kes)

Meninggal dunia: 7 (semalam 8 kes)

Sementara itu Selangor sekali lagi kekal menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes baru iaitu 1,314 diikuti Sabah (393) dan Johor (362).

Pecahan lain mengikut negeri seperti berikut:

Kuala Lumpur: 334
Negeri Sembilan: 236
Pulau Pinang: 120
Kelantan: 114
Perak: 107
Kedah: 96
Sarawak: 62
Pahang: 61
Melaka: 60
Putrajaya: 23
Terengganu: 22
Labuan: 22
Perlis: 13
Menurut KKM, daripada tujuh pesakit yang meninggal dunia, tiga adalah lelaki berusia 62 tahun, 67 tahun dan 93 tahun.

Dua daripada korban terbabit menghembuskan nafas terakhir di hospital Kluang, Johor manakala seorang lagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Wanita yang menjadi korban pula berusia 32 tahun dan 58 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Kelang, manakala seorang lagi berusia 78 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. –MK

COMMENTS