COVID-19: Dr Dzulkefly sedia berkhidmat tanpa bayaran bantu kerajaan

COVID-19: Dr Dzulkefly sedia berkhidmat tanpa bayaran bantu kerajaan

Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19 di negara Malaysia.

Beliau mendedahkan wakil Muhyiddin turut datang kepadanya meminta pertolongannya.

Namun kata Dr Dzul beliau akan menolongnya tanpa sebarang bayaran dan bukan dengan jawatan Menteri.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor melantik Dr Dzulkefly Ahmad, sebagai ketua pasukan petugas menangani COVID-19 di negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari, berkata Dr Dzulkefly sudah dihubungi dan menyatakan persetujuannya.