Covid 19 bukan alasan ekonomi lembab, Indonesia buktikan kepada kita

Covid 19 bukan alasan ekonomi lembab, Indonesia buktikan kepada kita

Macai-macai PN selalu guna alasan “Covid-19” untuk mempertahankan keadaan ekonomi yang lembab.

Tetapi dalam keadaan pandemik Covid-19 pun, INDONESIA telah berjaya menarik pelabur-pelabur gergasi dengan nilai pelaburan mencecah ratusan bilion ringgit.

Indonesia BOLEH.
Malaysia TIDAK BOLEH.

Kenapa?
1. HYUNDAI BERPINDAH DARI MALAYSIA KE INDONESIA

Januari 2021: Pejabat dan pusat latihan rantau Asia Pasifik Hyundai yang terletak di Mutiara Damansara, Malaysia.M telah berpindah ke Indonesia. Ini bermakna, ramai bakal hilang pekerjaan di Malaysia, manakala ramai pula yang bakal dapat peluang pekerjaan baharu di Indonesia.

(Baca:https://otomotif.kompas.com/read/2021/01/08/082200015/hyundai-pindahkan-kantor-pusat-regional-dari-malaysia-ke-indonesia..)

2. TESLA / CATL (AS$ 5 BIL / RM 20 BIL)

Disember 2020: Contemporary Amperex Technology (CATL) yang berpengkalan di China merupakan pembekal bateri litium yang diguna oleh kenderaan-kenderaan elektrik TESLA. Atas pelawaan Presiden Jokowi, Tesla / CATL akan membangunkan kilang bateri litium di Indonesia, bagi memenuhi permintaan komponen kenderaan elektrik Tesla di peringkat antarabangsa. Pelaburan ini akan membuka jalan kepada Indonesia untuk menjadi pemain alat-alat komponen kenderaan elektrik di peringkat antarabangsa.

(Baca: https://www.caixinglobal.com/2020-12-16/tesla-supplier-catl-to-build-5-billion-indonesia-battery-plant-101639984.html…)

3. LG (AS$ 9.8 BIL / RM 39.5 BIL)

Disember 2020: Pelaburan LG ini merupakan pelaburan yang terbesar oleh syarikat gergasi tersebut di luar Korea Selatan. LG akan membangunkan sebuah kilang bateri di Java Barat untuk pembuatan sel-sel dan komponen-komponen bateri untuk kegunaan kenderaan elektrik.

(Baca: https://www.reuters.com/…/indonesia-says-9-8-billion-ev…)

4. VERSTEGEN SPICES & SAYCES (AS$ 300 JUTA / RM 1 .2 BIL)

Disember 2020: Verstegen adalah syarikat pengusaha industri hiliran buah pala (nutmeg) yang berasal dari Belanda. Pelaburan di Papua Barat ini akan meningkatkan taraf kehidupan lebih 50,000 petani buah pala.

(Baca:https://www.thejakartapost.com/news/2020/12/18/dutch-firm-mulls-rp-4-trillion-investment-to-develop-indonesian-nutmeg-industry.html..)

5. BANK JEPUN (AS$ 4 BIL / RM 16.1 BIL)

Disember 2020: Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran, Indonesia telah berjaya menarik minat Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) untuk melabur berpuluh bilion ringgit ke dalam ekonomi Indonesia.

(Baca: https://www.reuters.com/article/indonesia-swf/indonesia-says-jbic-commits-to-invest-4-bln-in-new-sovereign-wealth-fund-idUSL4N2IK312)

6. BANK AMERIKA (AS$ 2 bilion / RM 8 BIL)

November 2020: Selain Jepun, Indonesia juga berjaya menarik berbilion-bilion wang pelaburan bank Amerika ke Indonesia.

(Baca: https://www.reuters.com/…/us-indonesia-swf-idINKBN2830EQ)

7. HYUNDAI (AS$ 1.55 BIL / RM 6.3 BIL)

November 2020: Pelaburan Hyundai di Java Barat ini merupakan kilang terbesar syarikat tersebut di Asia Tenggara. Ia bakal mengeluarkan 250,000 unit kenderaan elektrik Hyundai, di mana sebahagian besar daripadanya adalah untuk pasaran luar seperti Australia.

(Baca: https://paultan.org/2020/11/20/hyundai-to-begin-ev-production-in-indonesia-in-2022/)

8. AMAZON (AS$ 2.8 BIL / RM 11.3 BIL)

November 2020: Amazon merupakan platform beli-belah atas talian, seperti Shopee atau Lazada yang diguna oleh rakyat Malaysia. Cuma bezanya, Amazon adalah berpuluh kali ganda lebih besar berbanding Shopee atau Lazada. Amazon telah memilih Java Barat sebagai lokasi pembangunan pusat pengumpulan data mereka di rantau ini.

(Baca: https://jakartaglobe.id/business/us-tech-giant-amazon-to-invest-28b-in-west-java-data-center)

9. GOOGLE & TEMASEK (AS$ 350 JUTA / RM 1.4 BIL)

Oktober 2020: Google merupakan enjin pencarian atas talian yang terbesar di dunia, manakala Temasek merupakan syarikat pelaburan negara Singapura, sama seperti Khazanah yang merupakan cabang pelaburan negara Malaysia. Cuma bezanya, aset Temasek adalah berpuluh kali ganda lebih besar berbanding aset Khazanah. Aset Temasek hampir RM1 trilion (RM930 bilion) manakala aset Khazanah cuma dalam RM73 bilion. Dalam keadaan pandemik, Google dan Temasek telah membuat keputusan untuk melabur ke platform e-dagang Tokopedia.

(Baca: https://www.straitstimes.com/business/economy/temasek-google-set-to-invest-in-tokopedia...)

10. FACEBOOK & PAYPAL (nilai tidak diumum)

Jun 2020: Di Malaysia ada Food Panda atau Grab. Di Indonesia ada Gojek. Pelaburan oleh Facebook dan PayPal ini telah membuka peluang kepada ratusan ribu peniaga kecil-kecilan serta ratusan ribu rider untuk mencari makan di atas platform Gojek.

(Baca: https://www.cnbc.com/2020/06/03/facebook-invests-in-indonesia-gojek.html..)

11. LG (PINDAH DARI KOREA SELATAN KE INDONESIA)

Mei 2020: LG merupakan pengeluar televisyen kedua terbesar di dunia, di belakang Samsung. Dua daripada enam barisan pengeluaran televisyen syarikat gergasi ini telah berpindah dari Korea Selatan ke Indonesia, sekaligus menaikkan nama Indonesia dalam industri elektronik.

(Baca: https://m-en.yna.co.kr/view/AEN20200520006451320)

Dalam apa keadaan jua, ada peluang pelaburan.

Hanya orang bodoh dan orang malas sahaja yang ingat pandemik Covid-19 tiada peluang pelaburan.

Buktinya Indonesia. Semua yang tersenarai di atas berlaku ketika pandemik Covid-19 melanda.

Di bawah kepimpinan Presiden Jokowi, Indonesia telah mengambil peluang untuk melabur dalam platform-platform e-dagang, dan juga teknologi-teknologi canggih seperti teknologi kenderaan elektrik.

Malaysia dapat pelaburan apa?

Oh… Malaysia dapat pelaburan dari kartel daging.

Saya amat bimbang, dalam sedikit masa lagi Indonesia akan lebih maju berbanding Malaysia.

Pada ketika itulah gadis-gadis Malaysia bakal ke Indonesia untuk bekerja sebagai pembantu rumah, manakala jejaka-jejaka Malaysia bakal ke Indonesia untuk bekerja sebagai tenaga buruh.

Sumber :

COMMENTS