Content creator dari US tersasul sebut cendol jadi ‘sendol’, undang komen netizen nasib bukan ‘sondol’

Oleh INFORAKYAT

Content creator dari US tersasul sebut cendol jadi ‘sendol’, undang komen netizen nasib bukan ‘sondol’

Seorang pengguna TikTok dan pencipta kandungan makanan @misslegarda dari Amerika Syarikat

Dia berjaya membuat rakyat Malaysia terhibur dengan cara beliau menyebut makanan Malaysia.

Content creator dari US tersasul sebut cendol jadi 'sendol', undang komen netizen nasib bukan 'sondol'

Dalam videonya yang terbaharu dan melalui cadangan salah seorang pengikutnya, dia mencuba pelbagai makanan Malaysia termasuk char kuey teow, mee goreng, dan nasi kandar.

Sepanjang video tersebut, selain daripada sikap kagumnya terhadap makanan Malaysia, @misslegarda juga berjaya membuat netizen ketawa dengan kesalahan beliau menyebut makanan Malaysia.

Selain char kuey teow yang disebut ‘char kuey tauke’ olehnya, dia juga menyebut Cendol, pencuci mulut terkenal di Malaysia sebagai ‘sendol’. Manakala rendang pula dipanggil ’stik daging kelapa’.

@misslegarda Replying to @juliekemp Trying Malaysian 🇲🇾 Food 😅 Restaurant: Simpang Asia #mukbang #honestreview #restaurantreview #malaysianfood ♬ original sound – Misslegarda

Bagaimanapun, di sebalik kesalahan sebutan mengenai nama-nama hidangan, netizen yang berkumpul di laman TikTok @misslegarda menghargai rasa kagum beliau yang memuji masakan Malaysia.

Rasa kagumnya dengan masakan Malaysia telah membuatkan beliau meminta mana-mana rakyat Malaysia yang berada di Los Angeles untuk menjemputnya datang ke rumah bagi merasai sendiri masakan Malaysia yang segar dari dapur.

BACA:

Tong gas ada besi tambahan terdapat unsur penipuan, betul ke? Lelaki ini dedah sebab sebenar

‘Luar setinggan, dalam kondo!’, Demi ibu tersayang, anak ‘makeover’ flat jadi kondo undang reaksi netizen