Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah diarahkan untuk membuat laporan polis
Terhadap seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik video kanak-kanak di media sosial.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, menyatakan bahawa
tindakan merakam dan memuat naik video kanak-kanak di media sosial adalah tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dijadikan kebiasaan.
“Saya telah mengarahkan JPKK untuk segera membuat laporan polis dan kami bersedia bekerjasama dengan D11 IPK
(Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Johor,” kata Datuk Seri Nancy melalui hantaran di laman X hari ini.
@mohdnrhadhim dia lari dia tinggal kawan dia 🤣😅 #drivermudapunyacerita #drivermuda #driverbassekolah #bassekolah #gengbassekolah #bassekolahjohor #driverbas #gbs ♬ Sayunk I Love You – Chombi
Sebelum ini, seorang pengguna X melahirkan kebimbangan terhadap kandungan yang dimuat naik di TikTok oleh ‘Abang Bas’, yang memaparkan gelagat murid perempuan sekolah rendah di dalam bas.
Melalui hantaran tersebut, @JatIkhwan mempersoalkan tindakan dan tajuk kapsyen yang digunakan oleh lelaki itu.
“Kamu tidak boleh memuat naik (video) anak perempuan seseorang yang masih sekolah rendah dengan kapsyen ‘hari ini crush kita buat homework’,” ujarnya.
BACA: ‘Pergi di hari barakah’ Bapa Fikry Ibrahim meninggal dunia