“Cikgu tu memang cantik, tiap kali berbual, suami mesti sebut pasal cikgu tu, patutlah suami aku beria betul nak jadikan cikgu tu adik ipar dia”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Assalamualaikum pembaca budiman, terima kasih admin kalau post confession saya ni. Saya cuba make this confession simple.

Disebabkan hati tak tenang saya confess di sini. Ceritanya bermula bila mak mertua saya minta suami carikan calon isteri untuk adik lelakinya.

Yang lain semua dah berkahwin kecuali dia. Dia normal bukan gei pada pengamatan saya.

"Cikgu tu memang cantik, tiap kali berbual, suami mesti sebut pasal cikgu tu, patutlah suami aku beria betul nak jadikan cikgu tu adik ipar dia"

Rasa kasihan bila keluar beramai – ramai dia sorang je yang masih berkepit dengan mak mertua saya. Bukan tak ada yang nak, tapi dia belum bersedia untuk berkahwin.

Sampai pernah ada yang merisik untuk dijadikan menantu tapi alasannya mahu travel atau berjalan – jalan dahulu. Mungkin tak ada alasan lain nak bagi. Rumah kereta semua dah ada. Kerjaya pun bagus.

Cuma saya rasa mungkin ini masa untuk dia baIas jasa mak ayah mertua saya dahulu sebelum memilih untuk berkahwin.

Ok, ni bukan point sebenar cuma pengenalan awal. Saya yang tak tahu hujung pangkal sebelumnya tiba – tiba suami tunjuk gambar calon isteri untuk adiknya pada saya. Terk3jut saya tak tahu nak respon apa pada mulanya.

Dan pada masa tu saya tak tahu pun mak mertua minta suami tolong carikan. Dia minta saya tengok gambar dalam FB. Cantik. Senyum manis. Gigi tersusun. Eh, saya lupa nak bagitahu suami saya cikgu dan bakal biras saya pun seorang guru dari sekolah yang sama.

Guru baru muda lagi dari kami. Saya namakan dia Cikgu P. Suami bagitahu dia ada whatsapp Cikgu P secara direct bertanya untuk dikenenkan dengan adik lelaki nya selepas tahu Cikgu P baru lepas br0ken dengan bekas tunangnya. Bekas tunangnya berkahwin dengan pilihan keluarga.

Nampak klise tapi ni real ya kawan – kawan. Ini yang didengar rumour dari cikgu – cikgu lain di sekolah lah ye. Sejauh mana kebenaran saya pun taktahu sebab saya tak bekerja di situ. Ok berbalik pada whatsapp tadi, respon Cikgu P mengatakan dia belum bersedia nak berkenalan dengan mana – mana laki buat masa sekarang.

Dan suami respon kata jangan broken lama – lama. Saya baca the whole conversation dan dapat merumuskan Cikgu P tak berminat sebab chat terakhir dari suami tak dibaIas. Akan tetapi suami ada mengatakan yang Cikgu P seorang yang pemalu di sekolah.

Dia sangat susah untuk bercakap dengan cikgu lelaki. Masa di awal kemasukan dahulu memang dia akan elak untuk bekerja dengan cikgu – cikgu lelaki. Mungkin atas sebab ini dia tak respon whatsap suami. Suami ada tunjuk gambar Cikgu P pada keluarganya kecuali adik lelakinya sebab belum dapat kata putus dari Cikgu P sama ada setuju atau tidak.

Saya tengok reaksi mak mertua, biasa – biasa sahaja dia ok akan pilihan suami. Ada jodoh ada lah. Kalau takde nak buat macamana. Selepas pada whatsap tu suami ada bagitahu kata Cikgu P akan mengelak dari dia bila jumpa di sekolah. Dari jauh lagi dia dah lari dari suami.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu ada Cikgu lain post dalam IG story untuk kenenkan kawan – kawan bujangnya untuk dijadikan calon isteri. Saya namakan Cikgu M. Ada dalam 3 orang cikgu Bujang dalam video pendek tu.

Dalam tiga – tiga orang ni, memang cikgu P lah yang paling cantik pada mata saya. Patutla suami beria nakkan dia. Dan boleh pulak suami respon IG story tu untuk kenenkan Cikgu P pada adik dia. Dan cerita semua sebelum ni dia ada juga whatsap Cikgu P tapi tak ada respon.

Cikgu M kata memanglah dah kawan tu pemalu orangnya. Saya dah baca juga the whole chat & IG story tu. Ni suami tak bagi tengok pun saya yang curi tengok sebab tak sedap hati. Cikgu M kata nanti dia cuba slow talk dengan Cikgu P pasal suami merisik ni lah selepas suami bagi details adik lelaki dia sekian – sekian.

Yelah takkan nak kenen sebarangan orang kan. Dia pun mestilah nak yang terbaik untuk dijadikan bakal suami. Ceritanya di sini, saya sebenarnya cemburu. Tak tahulah rasa mencucuk – cucuk di d4da. Wajar tak saya cemburu pembaca sekalian? Saya pun tak tahu patut ke tak patut saya rasa cemburu.

Saya ada cakap pada suami, awak cari ni untuk adik kan bukan untuk awak kan. Saja nak tengok air muka nya sahaja, apa reaksi dia nak bagi. Dia respon, Cikgu P tu budak lagi awak. Eh sepatutnya lagi suka lah kan awek – awek muda. Hmm.

Setiap kali berbual kalau keluar cerita pasal Cikgu P saya rasa s4kit sangat di d4da seolah – olah pilihan tu dari suami bukan pilihan adik dia sendiri. Kadang – kadang rasa nak salahkan mak mertua saya pun ia jugak, kenapa la tak suruh orang lain.

Lebih sesuai kalau perempuan pilih Perempuan. Ni bila suruh suami saya rasa macam dia buat pilihan kedua selepas saya untuk berkahwin. Sekiranya dia dapat pilihan untuk kahwin sorang lagi maka orang macam Cikgu P lah pilihannya.

Ke sebenarnya saya ni je yang overthinking ye? Sobs. Saya cuba ignore je malas nak ambik port tapi ntahla perasaan membuak – buak nak tahu perkembangan tu lebih kuat dari buat dek je. Saya berdoa sangat semoga mereka tak berjodoh.

Sebab bagi saya, saya lebih prefer bakal biras saya ni orang yang saya tak kenal, suami tak kenal. Memang orang luar betul. Bayangkan suami dan bakal biras saya ni dari sekolah yang sama, balik kampung nanti mesti cerita pasal sekolah tak sudah kan. Agak nya lah.

Tolong doakan adik ipar saya bertemu jodoh cepat tapi bukan dengan Cikgu P please. Sekian, haha. Terima kasih luangkan masa baca confession saya. Jangan kecam ye hati tak kuat. Yang benar, – MAYA (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Norma Nor : Aku risau je esok lusa suami tu yang sangkut dengan cikgu tu. Bukan dapat ipar baru, tapi dapat madu baru. Serius ok. Dari cara suami tu dah macam taste dia je. I

steri bukan cemburu buta. Tu instict yang kuat Allah kurniakan. Solution, mintak husband tu stop. Berhenti, jangan diteruskan. Biarlah jodoh tu datang dengan sendiri buat adik ipar.

Rashid Mohd Noor Coway : Cemburu itu sifat manusia. Cuma berjaga – jaga dengan hasutan halus yang tak kelihatan. Kadang – kala yang kita sangka naluri itu adalah hasutan sy4itan yang menyucuk – nyucuk hati. Dalam hal ini elok puan berterus – terang, tunjukkan dengan elok rasa cemburu puan.

Mungkin encik suami tidak tahu yang puan benar – benar cemburu. Katakan saja. Ceritalah dari hati ke hati. Pasti encik suami akan cuba menjaga hati puan. Sem4kin tersimpan, sem4kin galaklah sy4itan memarakkan api dalam hati. Sekian. Wallahualam u..

BACA: “Dulu abah tinggalkan kami sebab nak kahwin janda anak 2, abah bagi RM500 je dan hilangkan diri selama 10 tahun, sekarang abah tiba-tiba muncul”