“Cikgu selalu ejek dan denda abang sampai dia malu nak ke sekolah, 1 hari, abang cakap dia nak pergi jauh, itulah kali terakhir..”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Mesti cikgu-cikgu yang selalu h1na dia rasa bahagia kan tengok abang saya dah takde. Masa urusan jenazah abang, ramai cikgu sekolah dia datang.

Saya terfikir tak malu ke cikgu-cikgu yang h1na dia tu datang.Lepas baca cerita adik Azlan yang d3ndam sampai mati dengan ustaz dia,

saya teringat 2 kejadian yang sama yang meninggaIkan kesan kat hati saya. Kejadian pertama: abang saya masa tu form 3.

Saya sangat rapat dengan abang ni. Saya masa tu darjah 6.Abang saya suka tulis diari. Dan saya pulak memang selalu suka baca diari dia,

tapi dia tahu ja saya selalu baca, sebab saya baca depan dia. Sekali tu saya tengok dia tulis tajuk, aku diIempang atas pentas perhimpunan.

"Cikgu selalu ejek dan denda abang sampai dia malu nak ke sekolah, 1 hari, abang cakap dia nak pergi jauh, itulah kali terakhir.."

Masa ….., Tarikh…. (masa dengan tarikh saya tak ingat) tapi bait-bait luahan dia tu sampai sekarang saya ingat. Dia tulis masa perhimpunan tiba-tiba seorang cikgu laki ni panggil dia naik atas pentas yang disaksikan beratus murid dan terus tangan cikgu tu hingga ke pipi dia.

Lepas tu cikgu tu cakap dalam microphone, abang saya bersembang kat belakang. Dalam diari abang saya tulis, “Demi Allah ya Allah, aku tak bersembang langsung. Yang bersembang tu budak belakang aku. Tapi kenapa aku yang kena.” -tamat-

Abang kalau tulis diari, mesti ada perkataan tamat kat belakang. Tapi sampai sekarang saya tak lupa ayat tu. Lepas tu saya pandang abang saya, dia diam ja tengok saya baca diari dia. Saya tanya kenapa tak bagi tau mak. Abang saya jawab, sapa nak percaya.

Bagitau pun tak guna, aku dah maIukan macam tu. Mak boleh buat apa ja. Untuk pengetahuan semua, abang saya berkulit gelap. Kat sekolah cikgu selalu panggil dia kicap la, abang senandung la. Selain dari sentiasa kena r0tan, kena denda yang kebanyakannya melibatkan fizikal, abang saya sentiasa dih1na dan diejek oleh cikgu lelaki tersebut.

Mungkin sebab abang saya kurang pandai dalam pelajaran, dan agak slow sikit. Jadi dia sentiasa dijadikan bahan cacian oleh segelintir cikgu kat sekolah dia. Bila cikgu pun membahan macam tu, cuba bayangkan macam mana budak-budak kelas dia membahan dia.

Sebab budak akan rasa benda tu tak salah bila cikgu pun buat. Ada sekali tu abang saya balik sekolah, kepala dia botak licin. Katanya cikgu yang sama, botakkan rambut, kononnya rambut dia panjang. Kami pun orang susah jugak masa tu, selalu ayah kami yang akan bawak abang saya gunting rambut.

Tapi masa tu ayah mungkin tak cukup duit atau tak de masa ke tak tahu la. Jadi ayah belum bawak dia gunting rambut. Lagipun bukan panjang sangat pun rambut abang. Masih paras boleh diterima. Tapi mungkin cikgu tu tak suka dia kot, jadi dia sengaja buat macam tu.

Abang kata, budak-budak lain yang lagi panjang dari dia pun cikgu gunting sikit ja. Tapi dia ni cikgu botakkan terus. Sebagai seorang lelaki remaja, dia mesti rasa malu bila dah botak macam tu. Dah dia pulak kulit gelap dengan kepala botak tu lagi kuat orang mengejek dia.

Ayah kata tak pe la, jimat duit kita bayar kat kedai. Mungkin ayah nak bergurau atau nak pujuk dia. Tapi abang saya diam ja. Sejak kejadian tu, abang makin kerap tak nak pergi sekolah. Dia kata malu orang dok ejek dia t0yol.

Sekali tu saya baca kat diari, lebih kurang macam ni la dia tulis. “Hari ni cikgu tanya soalan, aku tak dapat jawab. Cikgu pulas perut sambil kata, hang ni memang sesuai jadi t0yol. Kena dah muka hang ni. Sambil 1 kelas gelak kat aku. Sakit dapat, malu dapat. Tolong la aku ya Allah. -tamat-“

Diari abang selalunya pendek-pendek ja. Ayat dia ringkas tapi penuh perasaan. Rasa nak ja tunjuk diari dia kat cikgu-cikgu pembuIi dia tu. Bila dia berkeras tak nak pi sekolah, setiap pagi ayah atau mak saya akan marah dia dan selalunya naik tangan juga nak paksa untuk pergi sekolah.

Abang cakap dia malu cikgu dan kawan mengejek dia sebab tu tak nak pergi sekolah. Tapi mak ayah kami kerja buruh ja.. Apa ja mereka mampu buat. Lagipun ayah kata itu semua bukan alasan untuk ponteng sekolah. Kalau hang rajin belajar cikgu akan sayang. Hang tak pandai, sebab tu cikgu ejek.

Pemikiran mak ayah saya, cikgu sentiasa betul. Cikgu tu guru yang bagi ilmu. Kita tetap kena hormat walau sejahat mana pun perangai cikgu tu, sebab kita nak ambil ilmu dari dia. Tu la kata-kata mak ayah saya selalu. Kalau la mak ayah saya pergi menghadap cikgu tu walaupun sekali, mungkin abang saya terasa dilindungi

Tapi ayah pernah cakap, takut kalau ayah tegur cikgu tu, nanti cikgu tu berd3ndam dengan abang. Jadi ayah suruh sabar ja tumpukan pada pelajaran. Abang saya 15 tahun dah masa tu. Dah remaja, mesti la em0si dia bukan macam budak-budak lagi.

Saya dapat rasa dia tak mampu hadap lagi tekanan kat sekolah. Cikgu mungkin lupa abang saya jugak manusia yang ada emosi walaupun dia tak cemerlang dalam pelajaran. Cikgu-cikgu dia tak sepatutnya memperlakukan abang saya macam tu.

Apa gunanya jadi cikgu kalau perangai tak bermoral, tak beradap. Abang saya bukan budak nakal, dia hanya pendiam dan tak pandai ja. Tapi dia seorang yang sangat sopan dan bertanggungjawab pada saya. Setiap hari dia akan pastikan saya ada makanan untuk makan.

Sebab mak ayah saya kerja buruh,malam baru balik. So dia la yang ambik tempat mak ayah jaga saya dengan baik. Tapi cikgu-cikgu dia mana tahu semua tu. Konflik keluarga masa tu, abang saya selalu jugak jadi mangsa mak ayah lepas tekanan kat dia. Pantang salah sikit, mesti dia yang kena .

Saya selalu terselamat dari kena pukuI sebab ayah saya pantang kalau sentuh budak perempuan. Jadi saya jarang sangat kena. Kalau kena pun sebab mak saya ja. Saya selalu kesian kat abang saya. Kat sekolah kena, kat rumah kena. Tak mampu saya bayangkan apa dia rasa masa tu.

Tapi saya tak mampu nak bantu apa-apa. Mak ayah kalau tengah marah, kami biasa tak berani cakap apa-apa. Satu pagi tu, hari jumaat. Hari yang saya tak lupa sampai bila-bila. Tapi malam hari khamis tu abang cakap kat mak, “Mak, esok orang tak mau pi sekolah boleh dak?”.

Mak baIas, hang kalau tak mau pi sekolah hang nak jadi apa besar nanti?. Hang tak tengok ka mak ayah susah macam mana sebab tak sekolah. Hang dah nak srp tak lama lagi. Jangan malas-malas. Panjang lagi la mak saya bebel, cuma saya dah tak ingat dia bebel apa lagi.

Pagi tu macam biasa, lepas kena dengan ayah sebab tak mau pi sekolah, dalam keadaan terpaksa abang sarung kasut sekolah. Tapi wang saku yang ayah bagi kat dia tu, dia bagi kat saya. Dia kata adik ambik la duit ni, beli apa adik nak.

Saya ingat lagi, saya tanya dia masa tu, “Habis abang nak makan apa kalau bagi duit ni kat adik?” Dia cuma baIas “Abang tak mau la duit ni. Abang tak suka la pi sekolah. Abang rasa nak pi jauh-jauh ja.” Masa tu tiba-tiba dia keluarkan kopiah putih dari poket dia. Kopiah kait zaman dulu tu. Dia pakai tu.

Tak salah saya, masa tu saya tanya dia, awat pakai kopiah? Nanti pi sembahyang jumaat terus ka? Lebih kurang macam tu la saya tanya. Dia baIas dia malu kepala botak. Pakai ni tak nampak sangat kepala botak. Orang pun tak akan ejek dia toyol.

Lepas tu simpang telah memisahkan kami buat selama-lamanya. Kami bawak haluan ke sekolah masing-masing. Tapi rupanya itu kali terakhir saya tengok abang saya. Kata-kata dia nak pergi jauh tu Allah makbulkan. Orang kata, orang baik ni cepat ja Allah jemput.

Dan betul la dia kata, pakai kopiah tu orang tak akan ejek dia toyol dah. Sebab dia dah pergi ke negara abadi. Mana ada orang nak ejek dia kat sana. Pagi jumaat tu, dia meninggaI kena langgar dengan van kilang masa nak lintas jalan ke seberang sekolah. Zaman tu traffic light rasanya belum ada.

Orang kata van tu sangat laju, tak sempat nak elak abang saya dan terus rempuh dia. Abang saya meninggaI kat situ jugak. On the spot. Kejadian tu berlaku dalam jarak lebih kurang 100 meter dari sekolah dia. Walaupun abang ced3ra parah kat kepala, tapi kopiah putih dia tak tercabut langsung dari kepala dia.

Semuanya serba putih masa tu kecuali seluar sekolah dia ja. Mesti cikgu-cikgu yang selalu h1na dia rasa bahagia kan tengok abang saya dah tak de… Kawan-kawan dia pun mesti seronok tengok dia kena Ianggar. Kalau ada yang sedih pun, mungkin sedih sebab dia dah takde untuk dijadikan bahan buIi.

Kalau la masa tu saya dah besar macam sekarang, saya tak tahu la apa nasib cikgu-cikgu kaki buIi abang saya tu. Masa urusan jenazah abang, ramai cikgu sekolah dia datang. Saya terfikir tak malu ke cikgu-cikgu yang h1na dia tu datang.

Nak tunjuk bagus kat luar agaknya, tapi dalaman kotor dari najis.. Kerana kejadian tu, saya benci sekolah menengah tu sampai saya nekad tak nak masuk sekolah tu. Saya berkeras dengan ayah pergi sekolah jauh pun tak pe, asalkan bukan sekolah yang ada pembvnuh abang saya tu.

Akhirnya saya masuk sekolah asrama penuh sebab nak berulang hari-hari ke sekolah jauh tak mampu. Lagipun keputusan upsr saya agak cemerlang, jadi saya diterima mudah ke asrama.

Kejadian ke dua : Saya ada kawan lelaki nama Jamaludin. Kami sama 1 kelas masa darjah 6. Dia pun sama macam abang saya kurang pandai dan sangat lembab. Abang saya sekurang-kurangnya menjawab jugak kalau cikgu tanya, tapi Jamaludin ni tak boleh dengar langsung suara dia kalau cikgu tanya apa-apa.

Darjah 6, kami dapat cikgu matematik baru nama cikgu Rosli. Dia ganti cikgu lama kami. Orangnya sangat bengis, panas baran dan kaki pukuI. Jamaludin selalu jadi sasaran dia kerana sikap Jamaludin yang pendiam tu.

Cikgu ni tak kira laki perempuan, tangan dia lagi laju dari mulut dia. Ada sekali kawan perempuan saya jawab soalan dia salah. Terus cikgu tu Iempang kawan saya sampai jatuh terduduk kawan saya tu. Menangis terus kawan saya masa tu.

Kami sangat takut dengan dia berbanding cikgu yang lain. Tapi macam saya kata tadi, sasaran dia Jamaludin. Agaknya semua cikgu kat sekolah memang suka attack budak yang lemah kot kan. Setiap kali kelas cikgu Rosli, ramai tak datang sekolah termasuk Jamaludin.

Tapi cikgu ni pandai, dia warning siapa tak datang masa kelas dia, dia akan cari kami kat rumah. Masa tu kami takut sangat. Kalau demam pun pergi sekolah jugak takut cikgu tu datang bantai kami kat rumah. Cikgu ni selain suka naik tangan, mulut dia suka maki hamun dengan perkataan kesat. Ada sekali tu Jamaludin tak boleh jawab soalan.

Cikgu tanya 3×3 berapa, tapi Jamaludin diam tunduk muka tengok lantai, walaupun saya pasti dia tahu jawapan tu tapi dia tak jawab. Tau tak cikgu Rosli ni buat apa, dia tarik rambut Jamaludin macam mendongak tengok dia, sebab kepala dia kan tunduk, terus dia Iudah kat muka Jamaludin.

Ya Allah rasa kesian sangat. Lepas tu dia keluarkan kata-kata yang sangat jijik tak gamak la saya nak tulis kat sini. Siap dia jatuhkan Jamaludin tu ke lantai. Saya rasa nak menangis masa tu, teringat kat abang saya. Dan saya pasti Jamaludin pun macam abang saya jugak, mesti dia tak cerita kat mak ayah dia.

Tapi lepas kejadian tu Jamaludin dah kerap tak datang sekolah. Zaman tu masih ada upsr lagi, sekali tu dia datang masa ujian percubaan kot. Tapi muka dia agak pucat dan pakai mask. Dia pun dah nampak kurus dan lemah.

Rupanya dia kena leukemia. Tapi tak lama lepas tu, dapat berita Jamaludin pun dah meninggaI kat hospitaI. Dia meninggaI lebih kurang sebulan sebelum abang saya meninggaI kalau tak silap saya la. Tapi cikgu Rosli pun masa tu tak mengajar kami dah sebab dia ganti cikgu lama kami sekejap ja untuk ajar math. Tapi masih di sekolah yang sama.

Lega kami masa tu bila dia tak mengajar kami dah tapi kek3jaman dia saya rasa semua yang ada kat situ mesti tak lupa walaupun sampai sekarang. Apa yang dia buat kat Jamaludin adalah tak wajar. Sampai meludah kat orang. Tapi biar la dia tanggung azab tu sendiri.

Bila fikir balik, ada hikmahnya jugak kerajaan dah larang guru denda, naik tangan dekat murid zaman sekarang. Sebab saya percaya zaman dulu lagi teruk kita lalui cuma tak viral ja. Kalau betul-betul pukuI budak nakal tak pe.

Ini budak yang tak bersalah sentiasa kena. Tambah dengan ejekan dan h1naan, semua tu bawak trauma dalam hidup kita. Akhir kata, Al-Fatihah untuk sahabat ku Jamaludin dan arwah abang aku Huzaimi. Macam mana la orang-orang macam ni boleh hidup tenang tanpa rasa bersalah h1na orang macam tu. – Edora (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Safuan Sukri : Pernah alami zaman dulu dulu sebab bukan dari kalangan anak orang yang kerja hebat-hebat. Cikgu akan selalu gagalkan subjek tersebut sampai trial UPSR 4A 1E sebab subjek tu jer. Walaupun konsisten rank 1-3 tak pernah jadi pelajar target.

Kena r0tan cubit jemur tengah panas tu biasa dan alhamdulillah UPSR aku sendiri bawa slip UPSR dekat cikgu dapat A subjek cikgu tu dan anak dia tak dapat A. Dan sebab dia lah aku kena marah dengan mak ayah kononnya aku tak suka belajar subjek dia.

Setakat kena denda hari-hari tu biasa. Sekolah kampung kot double standard masa tu bila kau lahir dari keluarga susah tapi anak-anak orang yang bekerja senang kau boleh Iawan dari segi akademik.

Apapun tanpa cikgu siapa lah saya cuma cikgu yang layan anak murid berbeza-beza ni sebenarnya tak layak untuk berbuat demikian sebab pandai dan susah itu bukan permintaan sapa-sapa.

BACA: Duit punya pasal, wanita tergamak rancang penculikan anak sendiri