Cikgu sekolah mengadu hanya ada 1 sekolah untuk OKU ambil SPM sekali ini respon Anwar Ibrahim buat cikgu mengalir air mata

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kerajaan akan meneliti sekolah pendidikan khas menengah bagi pelajar berkeperluan khas orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran (pekak)

Mereka yang  terpaksa melakukan perjalanan jauh ke Pulau Pinang untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkejut apabila mengetahui hanya ada sebuah sekolah

Cikgu sekolah mengadu hanya ada 1 sekolah untuk OKU ambil SPM sekali ini respon Anwar Ibrahim buat cikgu mengalir air mata

Di negara ini yang menjalankan peperiksaan SPM bagi pelajar pekak.

“Saya pasti bawa perkara itu (cadangan sekolah lain untuk ambil SPM bagi pelajar OKU pekak). Saya tidak tahu ada hal ini.

“Ini saya cuba lakukan untuk mendengar suara rakyat menerusi Program Temu Anwar, walaupun ada yang memperlekehkan program ini.

@shahrirermy #anwaribrahim #PMX #kerajaanperpaduan ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays

“Apa salah kita dengar (masalah seperti ini) bukan setuju semua, kalau tidak boleh jawab saya bawa ke Jemaah Menteri.

“Insya-Allah (cadangan bina sekolah menengah OKU pekak di Johor) akan masuk dalam perancangan segera,” katanya menjawab soalan yang mengetengahkan isu pelajar berkeperluan khas (OKU pekak) di Johor terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mengambil peperiksaan di Pulau Pinang.

Pada program itu, Anwar menjawab soalan pelajar dan pendidik dari pelbagai sekolah dan institusi ketika lawatan kerja seharinya ke Johor dalam Program Temu Anwar di UTM di sini, hari ini.

BACA: Penjawat awam maut bergaduh depan kedai di Machang, rupanya ada kaitan dengan isteri orang