“Cikgu, saya blank tiba-tiba saya rasa otak saya kosong, ‘trial’ saya dapat A+” tetiba rasa keibuan saya hadir..
tanpa sedar sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan mintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah”
Setelah berhempas pulas mengulang kaji pelajaran, masa peperiksaan ini lah tempat segala yang di pelajari dicurahkan.
Pelbagai ragam pelajar yang guru-guru boleh lihat ketika mereka ini di dewan peperiksaan.
Ibu bapa hanya mampu mengiringi dengan doa selebihnya atas usaha anak mereka sendiri. Sekarang adalah masa untuk bertawakkal kepada yang maha kuasa agar anak-anak dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan itu.Hanya kepada Allah tempat kita memohon segalanya.
Ikuti perkongsian cikgu Anuar mengenai ragam pelajar yang mengambil SPM 2017 ketika dia menjadi guru yang mengawas peperiksaan tersebut.
Hari ketiga mengawas SPM 2017.. Kertas sejarah kertas 2.. Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari…
Setelah 20 minit masa berlalu.. seorang calon lelaki.. bersongkok.. air muka bersih.. tiba-tiba mengangkat tangan.. meminta kebenaran ke tandas.. saya benarkan smbil mengiringi beliau.. sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan.
Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas.. calon tadi keluar.. saya lihat wajah serta tangannya basah smbil tangannya memegang stokin dan kasutnya.
“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu… saya ‘blank’…” ujarnya meminta kebenaran.
BACA: Gara-gara terperangkap dalam kebakaran, ibu nekad campak bayi 2 bulan dari tingkat empat apartment
Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam.. calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram…
Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat.. solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu… Allahu Akbar…
Tiba sujud di rakaat terakhir.. agak lama beliau sebegitu..
Selepas memberi salam… beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata..
“Cikgu… saya ‘blank’… tiba-tiba saya rasa otak saya kosong… ‘Trial’ haritu saya dapat Sejarah A+…”
Tetiba rasa keibuan saya hadir.. tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.
“Inshaa Allah.. Allah bantu awak.. buat yang terbaik ye..” ujar saya.
Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula… Allahuakbar…
Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda.. perjalanan mu masih jauh.. semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebag penolong dikala kebuntuan.
Pengajaran yang saya dapat daripada beliau.. ALLAH jua lah sebaik-baik penolong.. kita terlalu kerdil.. maka bersujudlah.. mintalah pada Allah.
Terima kasih kerana pengalaman yang cukup bermakna ini duhai anak muda.. Saya share kerana saya rasa tak ramai anak muda sekarang seperti beliau..
BACA:
Gara-gara terperangkap dalam kebakaran, ibu nekad campak bayi 2 bulan dari tingkat empat apartment