laman Facebook dicipta sebagai ruang perkongsian maklumat, pengalaman mahupun ilmu pengetahuan oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.
Sehubungan itu, warga maya tidak melepaskan peluang dan menggunakan platform yang ada
Bagi mendapatkan pandangan serta bantuan berhubung sesuatu masalah yang dialami.
Antara kumpulan halaman yang sering menjadi tumpuan warga maya adalah ‘Muflis Bankrupt di Malaysia’
kerana ramai yang terjebak dengan isu pinjaman tanpa lesen hingga muflis.
Bagaimanapun, hantaran terkini di laman itu mendedahkan seorang lelaki menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab selepas berkongsi masalah dialami.
Scammer sering mengambil kesempatan ke atas individu yang mengalami kesulitan. -Gambar hiasan
Scammer sering mengambil kesempatan ke atas individu yang mengalami kesulitan. -Gambar hiasan
“Hati-hati anda yang dalam grup ni. Ada seorang nama Malek, kalau dia komen ‘PM’ jangan buat.
“Aku dah kena tipu dengan dia, kononnya nak tolong,” luahnya yang tidak menyangka kesulitan dialami menjadi ruang untuk segelintir individu mengambil kesempatan.
Berkongsi tentang penipuan itu, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, individu terbabit menyatakan kononnya dia dapat membantu menyelesaikan masalah yang dialami.
“Dia kata boleh bantu kita dapatkan duit sebab dia seorang trader, janji kena bagi dia modal dan dia akan trade.
“Untung akan bagi kita separuh-separuh, tapi lepas dah bagi modal, terus kena block,” ujarnya.
Menurut pelayar ini lagi, dia terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu selepas mempercayai kisah nazar yang dikongsikan.
Maklumlah, antara nazarnya adalah untuk membantu orang susah apabila sudah berjaya.
Dia pernah minta modal kat saya juga tapi belum bagi sebab nak tengok sama ada scammer atau tidak.
Tambahan pula individu itu turut memberikan salinan identiti diri dan mengaku sebagai guru di salah sebuah sekolah di Melaka.
“Ayat dia memang manis, katanya pernah bernazar nak bantu orang susah apabila dah berjaya.
“Memang bantu sungguh, bantu untuk lagi menyusahkan,” tambahnya lagi sambil berkata nama pada nombor akaun yang digunakan individu itu sama seperti profile Facebook serta salinan pengenalan diri yang diberikan.
Warga maya tampil memberikan nasihat kepadanya.
Warga maya tampil memberikan nasihat kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialaminya.
Selain meluahkan rasa marah pada individu yang mengambil kesempatan itu, ramai yang memintanya untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai pihak yang meminta wang.
“Kalau minta duit tu, janganlah percaya.
“Dia pernah minta modal kat saya juga tapi belum bagi sebab nak tengok sama ada scammer atau tidak.
“Tak silap kerja guru dia ni, cuba sahkan sama ada betul atau fake… setahu saya, dia memang main pelabur matawang.
“Ambil kesempatan atas kesusahan orang lain, mudah-mudahan berbalik pada diri dia, ditimpa kesusahan,” demikian reaksi warga maya.
BACA: Remaja mengadu tak tahan sakit perut rupanya mengandung, terus bersalin