Cikgu hadiahkan kasut baru, simpati murid jalan seret kasut saiz besar siap sumbat kertas bikin netizen sedih

Oleh INFORAKYAT

Seorang guru dikenali sebagai Farrah meluahkan rasa sebak apabila melihat seorang murid lelaki

Dia terpaksa berjalan menyeret kasut di sebuah dewan sekolah rendah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cikgu Farrah di TikTok, dia menjelaskan bahawa murid lelaki tersebut terpaksa berkelakuan demikian

kerana saiz kasut yang dipakainya terlalu besar, hingga dia terpaksa meletakkan gumpalan kertas di dalamnya.

Simpati dengan keadaan murid itu, Cikgu Farrah segera mengukur kaki murid tersebut sebelum membeli kasut baharu untuknya tanpa berfikir panjang.

Cikgu hadiahkan kasut baru, simpati murid jalan seret kasut saiz besar siap sumbat kertas bikin netizen sedih

“Minggu lepas ada kawan beritahu supaya tengok kasut murid ni sebab dia jalan seret-seret. Aku pun tak banyak cakap, terus ukur kaki dan pergi beli kasut baru untuk dia.

Sedih bila nak ukur saiz kaki nampak kertas-kertas dalam kasut, dia sumbat sebab kasut tu terlalu besar,” katanya.

Di ruangan komen, ramai warganet berasa sebak dan sayu melihat keadaan murid tersebut, namun mereka memuji kesungguhan murid itu yang tetap hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Cikgu Farrah atas keprihatinan dan kemurahan hatinya membantu murid yang memerlukan bantuan.

BACA: Padah tak ‘wala’ arahan pimpinan, JK bahagian Bersatu di gantung