Negara China bakal melaksanakan peraturan baharu untuk memerangi ketagihan internet pada remaja dan juga kanak-kanak.
Ia bakal mengawal penggunaan telefon pada waktu malam dan juga pengawalan ke atas telefon pintar mereka.
Di bawah sekatan yang bakal dikenakan pada 2 September ini, remaja dan kanak kanak di bawah umur 18 tahun
akan dihalang dari menggunakan peranti pintar pada pukul 10.00 malam hingga 6.00 pagi.
Sistem berperingkat juga bakal dikenakan untuk menguruskan masa penggunaan telefon pintar dan juga peranti mudah alih.
Untuk kanak kanak berusia lapan tahun kebawah hanya dapat menggunakan dalam tempoh 40 minit dan dua jam bagi yang berumur 16 dan 17 tahun.
Peraturan baharu yang dicadangkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) adalah antara yang paling ketat di dunia.
Namun, ibu bapa mempunyai hak untuk menolak sekatan tersebut.
“Langkah-langkah itu akan dibina berdasarkan usaha sedia ada untuk mengukuhkan perlindungan dalam talian terhadap kanak-kanak di bawah umur.
“Usaha ini termasuk memperkayakan kandungan yang sesuai dengan umur dan mengurangkan pengaruh maklumat buruk,” katanya.
China pernah membekukan kelulusan permainan baharu selama sembilan bulan pada tahun 2021 untuk memerangi ketagihan penggunaan internet dan merugikan banyak syarikat termasuk raksasa teknologi Tencent.