Chef Wan takut kehilangan ibu, “pernafasan dah perlahan”

Chef Wan takut kehilangan ibu pernafasan dah perlahan

Chef Wan takut kehilangan ibu, “pernafasan dah perlahan”. Baru-baru ini, cef selebriti popular, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan ibunya, Noraini Abdullah atau Cik Ani kini dalam keadaan tenat dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Perkembangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Chef Wan di laman Instagramnya dengan memberitahu dia tidak dapat tidur dengan lena kerana bimbang insan tersayangnya itu ‘pergi’ ketika tidur.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58)

“Sepanjang malam saya sukar untuk tidur kerana sentiasa memeriksa keadaan ibu kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan daripada malam tadi.

“Saya sangat takut untuk tidur sekiranya dia akan meninggalkan saya dalam tidurnya. Ketakutan itu sentiasa ada,” katanya.

Susulan itu, sebagai seorang anak, Chef Wan sudah memberi yang terbik buat keselesaan ibunya ketika menerima rawatan sebelum hari-hari terakhir.

Katanya, doktor yang sedang merawat ibunya itu mendedahkan insan tersayangnya sudah tidak memberi sebarang maklum balas.

Chef Wan takut kehilangan ibu, "pernafasan dah perlahan"

“Dr Nick daripada unit penjagaan paliatif datang berjumpa saya dan memberitahu ibu sudah tidak mempunyai tindak balas.

“Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan bilik suite dan kami akan memberikan keselesaan buat ibu untuk perjalanan terakhirnya,” ujarnya.

Tambah Cef selebriti yang berusia 64 tahun itu lagi, dia enggan untuk meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu syurganya pergi dalam keadaan tenang.

Chef Wan takut kehilangan ibu, "pernafasan dah perlahan"

“Saya tidak akan memasukkannya ke ICU jika dibenarkan doktor kerana saya mahu dia pergi dengan aman apabila sudah tiba masanya lagi,” jelasnya lagi.

CATEGORIES