CEO YKN sahkan kenyataan Wan Azizah, puji ketelusan urus dana Qatar

CEO YKN sahkan kenyataan Wan Azizah, puji ketelusan urus dana Qatar

Saya terlibat secara langsung dan merupakan penggerak utama yang menjayakan projek Bantuan Kemanusiaan Pelarian Rohingya di Malaysia menggunakan peruntukan Qatar Fund For Development (QFFD) sebagai CEO Yayasan Kebajikan Negara pada ketika itu.

Saya berbangga dengan tahap ketelusan dan akauntibiliti yang diambil dalam memastikan setiap sen yang disumbangkan sampai kepada matlamat yang dihasratkan oleh Kerajaan Qatar.

Saya juga berbangga dengan keupayaan 3 buah NGO Malaysia iaitu Mercy Malaysia, IMARET & MRA sebagai NGO perlaksanaan yang telah menguruskan projek dengan cekap dan professional.

Dikongsikan KM YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail mengenai projek ini. Saya menjadi saksi kepada apa yang diperjelaskan.

Sumber :