CEO MBSB dilapor meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Building Society Bhd (MBSB), Ahmad Zaini Othman, meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19, awal pagi tadi.

MBSB dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 64 tahun, kira-kira jam 1.46 pagi di Hospital Pakar KPJ Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan yang sudah berumah tangga serta dua cucu.

meninggal

“MBSB menyifatkan Ahmad Zaini seorang yang berwawasan dan mempunyai pengalaman perbankan selama empat dekad, dilantik menerajui MBSB (syarikat pegangan kewangan) pada 26 Februari 2009.

“Di bawah kepimpinannya, beliau mengubah MBSB daripada sebuah institusi kewangan bukan bank menerusi penyusunan semula dan mengalihkan kedudukan kewangan menjadi organisasi menguntungkan,” kata kenyataan itu.

Katanya, Ahmad Zaini turut berjaya memeterai perjanjian penggabungan di antara MBSB dan Asian Finance Bank. Penggabungan itu memberi kelulusan pemerolehan kepada MBSB untuk memiliki sepenuhnya MBSB Bank Berhad pada 2018.

Difahamkan, Ahmad Zaini memperoleh pelbagai pengiktirafan sepanjang pembabitan dalam industri perbankan.

“Ahmad Zaini juga berjaya menukarkan institusi kewangan bukan bank konvensional menjadi bank Islam yang lengkap, sekali gus menjadikan MBSB Bank berdiri sebagai institusi perbankan Islam kedua terbesar di negara ini.” katanya.

Sementara itu, Ketua Kumpulan MBSB, Azlan Zainol, menyifatkan kehilangan Ahmad Zaini satu kehilangan besar kepada MBSB dan juga kepada industri perbankan.

Sebagai langkah sementara, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Nor Azam M Taib akan menjadi pemangku presiden dan ketua pegawai eksekutif badan tersebut.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/15/ceo-mbsb-meninggal-dunia-akibat-komplikasi-covid-19/

Baca Juga : Gempar !!! Sumber lapor SD sedang dikumpul untuk Ismail Sabri dilantik PM

CATEGORIES