Cegah penyakit kelamin, kerajaan perkenal mesin jual kondom

Oleh INFORAKYAT

Cegah penyakit kelamin, kerajaan perkenal mesin jual kondom. Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara (NHSO)

Negara menjalankan satu projek dinamakan Love Bang Love Safety bertujuan untuk menangani kehamilan remaja dan mencegah jangkitan penyakit kelamin, lapor laman berita Thaiger.

Inisiatif yang menjadi sebahagian daripada kempen baharu NHSO itu menyediakan kondom dalam mesin layan diri di dua kawasan di bandar Pattaya, wilayah Chon Buri.

Cegah penyakit kelamin, kerajaan perkenal mesin jual kondom

Projek itu dilaksanakan di Pattaya manakala skop perkembangannya bergantung kepada kejayaan inisiatif tersebut.

Datuk Bandar Pattaya, Poramet Ngampichet berkata, tiga mesin layan diri menjual kondom dipasang di dua kawasan di bandar itu iaitu Jeti Laem Bali Hai dan Hospital Bandaraya Pattaya.

Selain itu, NHSO turut melancarkan aplikasi yang dipanggil Paotang di mana pemegang kad emas Thai boleh meminta pelbagai bentuk alat kontraseptif atau kontraseptif kecemasan yang boleh diakses di kiosk terdekat.

Setiausaha Agung NHSO, Dr. Chadet Thammatcha-aree berkata: “NHSO telah menyediakan 94,566,600 kondom dalam empat saiz untuk diedarkan dalam dua cara.

“Pemegang kad emas boleh mendaftar di aplikasi Paotong, membuat permintaan dan mengambil kondom dari kiosk terdekat dari rumah mereka. Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar boleh mendaftar di kiosk perkhidmatan untuk mendapatkan kondom.

“Sebagai alternatif, mereka boleh pergi ke mesin penjual kondom di Pattaya dan sahkan identiti dengan kad pengenalan,” katanya.

Bagaimanapun, inisiatif itu dikritik sebagai tidak dapat diakses oleh sesetengah kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat daripadanya.

Timbalan pengarah Yayasan Friends of Sex Workers (SWING) berkata projek itu adalah idea yang baik namun tidak memenuhi keperluan semua orang kerana keperluan bukti identiti.

BACA:

Dr Halimah dicabar buktikan Menu Rahmah boleh sebabkan kanser dan autisme

Merajuk dengan sepahtu, Shuib dedah rahsia kenapa tak join sepahtu reunion