Cederakan wanita, penceramah terkenal kena cekup – “dia ni rupanya..’

Oleh INFORAKYAT

Cederakan wanita, penceramah terkenal kena cekup – “dia ni rupanya..’ Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengugut seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Zamri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada wanita berusia 38 tahun itu.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Jalan Melati Indah, Beseri di sini pada pukul 5 petang 14 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Cederakan wanita, penceramah terkenal kena cekup - "dia ni rupanya..'

Berdasarkan pertuduhan kedua, Muhammad Zamri didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail manakala Muhammad Zamri diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.

Mahkamah membenarkan Muhammad Zamri diikat jamin RM6,000 bagi dua pertuduhan itu dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan. Tarikh sebutan semula kes berkenaan adalah 23 Ogos ini.

BACA:

Pemuda tangkap budak solat di surau tengok aksi ‘gay’ di telefon

Kerajaan sedia bantuan tingkatkan ‘skill” dalam kerja, mohon sekarang

Kecoh satu KLCC, wanita maut terjatuh dari tingkat empat