Cctv kesan dua RXZ yang dicuri semasa event di T’ganu

Oleh INFORAKYAT

Cctv kesan dua RXZ yang dicuri semasa event di T’ganu. Satu hantaran di facebook harini kecoh dakwaan terjumpa dua RXZ yang dicuri di RXZ Members 4.0 yang hilang baru-baru ini. Berikut merupakan hantaran dari pemuda tersebut.

Ride ke kelantan dengan harapan, balik dengan sedikit hasil yang memberi semangat. Dua ekor ni memang dari kuala terengganu menghala bachok. Cctv yg kami ambil sendiri hasil bantuan kawan/orang kampung. Satu di kg pachakan, pasir putih, satu lagi di tok bali. Dorang menghala bachok. Sorang tak pakai helmet, fering purple yahoo dah dibuka.

Sorang lagi pakai helmet bawa catalyzer biru. Mohon sangat sangat kawan kawan share kan info ni. Orang area bachok, kalau ada info/boleh check cctv area jalan yg ada/dashcam kereta. Dari jam 8.30am-10.30am 14/8/2022.

Minta tolong sangat sangat. Untuk dua ekor pencuri kalau kau baca post ni. Kau siap. nak pulangkan dengan cara baik/aku cari direct ke tempat kau, pilih sendiri. Kami masih berharap, doa doakan

Cctv kesan dua RXZ yang dicuri semasa event di T'ganu

Menurut laporan Sinar Harian, pencuri itu bertindak memotong pagar dan mengunci rumah berkenaan dari luar sebelum melarikan dua motosikal RXZ yang diparkir di luar.

Dua peserta program RXZ Members 4.0 berputih mata selepas motosikal kesayangan mereka dicuri dalam satu kejadian di rumah inap desa di Kampung Pak Tijah di Kuala Nerus, Terangganu

Mohamad Adib Md Saleh, 31, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, menyedari motosikal mereka hilang ketika bangun untuk solat subuh pada jam 6 pagi.

“Awal pagi tadi saya rasa tak sedap hati, saya intai ke luar rumah inap dan perasan motosikal saya sudah hilang.

“Bila nak buka pintu rumah, ketiga-tiga pintu depan, kiri dan kanan rumah tidak boleh dibuka kerana ia dikunci menggunakan kunci mangga dari luar,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Katanya, dia dan lapan lagi rakannya yang menginap di rumah itu terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong kunci untuk keluar.

Mohamad Adib berkata, dia bersama rakannya tiba di Terengganu pada awal pagi Jumaat lalu untuk menyertai himpunan RXZ Member 4.0 2022 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak yang berlangsung pada Sabtu.

BACA:

Ini rupanya rahsia nasi lemak sedap, letak bahan ni masa kisar bawang

Barang tak laku, penjual bundle mengamuk masa live jual baju, siap koyak baju