‘Cari siput dekat laut pun dah tak selamat’, budak 12 tahun maut dibaham buaya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

‘Cari siput dekat laut pun dah tak selamat’, budak 12 tahun maut dibaham buaya.

Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dikatakan disambar buaya ketika sedang berenang menghampiri perahunya.

'Cari siput dekat laut pun dah tak selamat', budak 12 tahun maut dibaham buaya

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan bot untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Berdasarkan maklumat daripada saksi menyatakan bahawa mangsa sebelum itu mencari siput di kawasan berkenaan dan selepas selesai mangsa mahu kembali semula ke perahunya.

“Ketika berenang menghampiri perahu, tiba-tiba mangsa disambar buaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, mangsa kemudian dimaklumkan telah ditemukan pada jam 10.38 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dan dilaporkan telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari,” katanya.

BACA:

Gangster terkenal tahun 70-an dan 80-an yang ramai tak tahu, ini 7 rahsia Botak Chin berjaya rompak 8 kedai dalam sebulan

“Aku tiada kekuatan nak lafaz cerai, aku tengok muka anak, aku kesian, segalanya bermula bila aku terbuka google photo di telefon isteri”