Cari jalan tangani, bukan cari siapa lebih popular – Tun M

Cari jalan tangani, bukan cari siapa lebih popular – Tun M

Tun M menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama berusaha mendepani cabaran dalam menangani krisis sekarang melibatkan kesihatan dan ekonomi.

Memetik tulisan di posting Facebook Dr Mahathir Mohamad;-

“Wabak COVID-19 ini sedang dihadapi oleh seluruh dunia. Di Malaysia, kita sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah. Kita perlu usaha bagaimana hendak tangani masalah ini dan bukan untuk cari siapa yang lebih popular. Kita seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.

Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.”

Tun M turut mengingatkan ini bukan masa mencari siapa yang popular dalam tulisan di akaun facebooknya.

Sumber :