Plbagai tips menarik mula dikongsi, khususnya untuk mereka yang kurang gemar memakan tamar atau kurma.
Salah satu trend yang menarik perhatian ialah menikmati kurma bersama pure butter, yang kini semakin popular.
Lebih kreatif, ada yang menambah kacang badam atau gajus untuk memberi tekstur rangup dan rasa yang lebih kaya.
Cara Penyediaan
Menerusi perkongsian pengguna media sosial, kaedah ini cukup mudah dan sesuai untuk mencuba sesuatu yang baru.
Ambil sebiji kurma yang sudah dibuang bijinya.
Sapu sedikit butter, sama ada jenis unsalted atau salted mengikut selera anda.
Untuk rasa tambahan, kepitkan kacang badam atau gajus bersama kurma bermentega tadi.
Tip tambahan: Gunakan butter, bukan majerin biasa, untuk mengekalkan rasa lemak yang asli.
Inspirasi Sunnah
Kaedah ini juga dikatakan selari dengan sunnah Rasulullah SAW, seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr:
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar.
Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Variasi dan Pilihan
Bagi yang tidak dapat menikmati kurma bersama butter, anda bebas memilih cara lain yang sesuai dengan selera.
Yang penting, nikmati khasiat kurma dengan cara yang paling anda gemari.
Semoga tip ini bermanfaat untuk anda dan menambah keceriaan sepanjang Ramadan!
BACA: Kerajaan benarkan pengusaha stesen minyak gajikan pekerja asing di kafe dan kedai serbaneka