Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai

Oleh INFORAKYAT

Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai. Pada hari ini, ramai yang aktif membeli secara atas-talian, dan salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila barangan yang ditempah mengambil masa yang lama untuk tiba di rumah anda.

Kadang-kala, masalah ini timbul disebabkan oleh penyedia perkhidmatan penghantaran yang mengambil masa sangat lama untuk menghantar daripada lokasi mereka ke alamat pengguna.

Untuk makluman, bagi anda yang terjejas, anda boleh lakukan aduan terus kepada pihak berkuasa SKMM.

Untuk tujuan tersebut, hanya buka laman ADUAN SKMM hari ini, dan seterusnya pilih Jenis Aduan kepada Complaint, dan Jenis Perkhidmatan kepada Postal/Courier Services.

Seterusnya, pilih kategori Postal & Courier Service, seterusnya subkategori Late Delivery.

Cara sebenar buat aduan jika barang online yang anda pesan lambat sampai

Seterusnya, pilih nama pembekal perkhidmatan penghantaran tersebut – seperti J&T, Pos Laju, dan pelbagai nama penyedia perkhidmatan yang lain.

Dibawah borang berkenaan, anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat aduan, dan menghantar kepada pihak SKMM.

Dengan melaporkan kesalahan penyedia perkhidmatan, ia akan membantu pihak berkuasa dalam mengambil tindakan terhadap penyedia perkhidmatan – sekaligus memastikan hak pengguna terus terjamin.

BACA:

Gara-gara baca komen netizen, lelaki batal hasrat nak tambah isteri

OPR bank naik 2 peratus, ini kesan kepada kewangan kita yang ramai tidak tahu

Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar