Cara sebenar bayar hutang PTPTN guna duit KWSP. Setiap pelajar yang tamat pengajian tinggi diUniversiti dan Kolej pasti perkara yang difikirkan yang hutang PTPTN.
Namun begitu, hutang tersebut wajib dibayar bermula selepas 12 bulan pengajian. Mendapatkan pekerjaan sebaik saja menghabiskan pengajian ialah tekanan yang diterima oleh mana-mana graduan.
Sebaik mendapat pekerjaan pula, dengan jumlah gaji yang hanya cukup makan untuk membayar komitmen bulan akibat daripada taraf hidup semakin tinggi, kebanyakkan daripada mereka sukar membayar balik pinjaman PTPTN .
Mujurlah sekarang terdapat alternatif pembayaran hutang PTPTN mengunakan Akaun KWSP. Setiap bulan caruman KWSP yang ditambah oleh majikan boleh digunakan untuk membayar pinjaman PTPTN.
Jadi, PortalInfo akan membantu anda bagaimana untuk membayar PTPTN mengunakan Akaun II KWSP.
1. Daftar dan Log Masuk i-Akaun
Jika belum ada I-Akaun, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu dan aktifkan untuk sebarang urusan.
Barulah anda dibenarkan untuk log masuk di laman web KWSP dan masukkan kata laluan sementara yang diterima.
2. Memohon Pembayaran Baru
Klik ‘Pengeluaran’ di bahagian menu atas. Kemudian klik ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.
Satu ‘pop up’ mesej akan terpapar dan padanya ada butang ‘OK’. Klik butang ‘OK’ tersebut.
Maka akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang terlibat (pilih PTPTN), Ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman), Ruangan peringkat (apa yang anda pelajari) dan Ruangan permohonan (pilih diri sendiri).
3. Periksa Jumlah Kelayakan
Klik butang ‘seterusnya’ dan butang ‘terima’.
Kemaskini maklumat diri anda
Masukkan nombor rujukan matriks semasa kita belajar di ruangan maklumat pengeluaran.
Jumlah kelayakan anda akan terpapar. Berdasarkan baki akaun 2 KWSP anda, baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam akaun.
Setelah itu, bergantung kepada kita berapa kita mahu bayar.
4. Berapa Lama Proses Akan Diambil Pihak PTPTN?
Selesai memohon, pihak PTPTN akan proses permohonan tersebut.
Masa diambil adalah sekitar 1 minggu. Jika permohonan lulus anda akan mendapat sms daripada pihak PTPTN.
5. Bawa Dokumen Yang Diperlukan Ke Cawangan KWSP Jika Permohonan Lulus
Jika permohonan lulus, hadir ke cawangan KWSP terdekat untuk mengambil cop jari (thumb print).
Sila hadir dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, sijil-sijil dan sebagainya.
Proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari dan semakan di I-Akaun sudah boleh dibuat.
*Ini adalah antara cara untuk membayar hutang PTPTN mengunakan KWSP. Langkah ini diperlukan setiap kali anda mahu membayar pinjaman. Ia berbentuk one-off.
Kongsikan langkah dan tips ini dengan kenalan,saudara dan keluarga.
BACA:
Zizie Izette akui terima wang RM2.8 Juta, kata saksi
“Niat bina tahfiz ok dah, tapi baju Janna Nick pula buat mata adik tahfiz terseksa..”
Tarikh rayuan untuk permohonan BKM yang tidak lulus, semak segera!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio