Pendakwah bebas, PU Riz, baru-baru ini menarik perhatian warganet apabila menegur adik iparnya, Ameera Khan,
Mengenai cara pemakaiannya dalam menutup aurat. Kejadian itu berlaku ketika sesi siaran langsung di TikTok,
Di mana Neelofa, Ameera, dan PU Riz sedang mempromosikan jualan jubah.
PU Riz, yang nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, menegur Ameera selepas melihat adik iparnya menyelak tudungnya
untuk menunjukkan jubah yang sedang digayakan. PU Riz dengan lembut menasihatkan, “Ameera, tutup dulu… tak mengapa kalau tunjuk dekat bahagian bawah.”
Ameera, yang mengenakan jubah berwarna merah, kemudian menjawab bahawa penonton mungkin akan sukar melihat jika tudungnya ditutup. Namun, PU Riz menegaskan, “Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu.”
@trendingditiktokmalaysia#lmk #neelofa #littlemisskhan #naelofar #nunha #ustazharis #supportnunha #supportnaelofar #bella #jubahnunnha #jubahumrah #tiktok1111shoppingchallenge
Neelofa yang berada di situ kemudian memberi penjelasan dalam nada berseloroh, mengatakan bahawa PU Riz sebenarnya menegur supaya Ameera tidak mendedahkan aurat. “Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung,” katanya sambil tersenyum.
Di ruangan komen, ramai warganet memuji cara PU Riz menegur dengan lembut dan penuh kesopanan. Mereka juga mendoakan agar suatu hari nanti Ameera dapat menutup aurat dengan sempurna.
Ada juga yang mengatakan bahawa cara PU Riz menegur tanpa marah-marah menunjukkan niat yang baik dan penuh kasih sayang, berharap agar Ameera berubah ke arah kebaikan.
Beberapa warganet turut menyatakan, “Ameera pun tak melawan bila ditegur. Neelofa pernah cakap, Ameera akan diam bila dimarah. Tak apa, kita doakan agar Ameera jadi macam Neelofa. Hidayah milik Allah.”