Seorang wanita berjaya meraih perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi
kaedah untuk memerangkap lipas menerusi satu hantaran tular di akaun Instagram miliknya.
Mana tidaknya, kaedah yang digunakan wanita dikenali sebagai Melizah itu bukan sahaja kelihatan unik
Malah berjaya memerangkap serangga berkenaan dalam kadar begitu banyak.
Kaedah yang hanya memerlukan satu bahan iaitu minyak masak terpakai itu juga sangat mudah
untuk dilakukan selain menjimatkan kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang wang ringgit.
Berikut kami kongsikan kaedah memerangkap serangga tersebut berdasarkan hantaran dikongsi Melizah menerusi akaun media sosial Instagram yang memiliki 125,000 pengikut itu.
1. Sediakan satu bekas yang tidak mahu digunakan lagi. Kemudian masukkan minyak yang sudah digunakan ke dalamnya.
2. Langkah seterusnya adalah meletakkan bekas berisi minyak terpakai itu di tempat laluan lipas atau lokasi serangga berkenaan ‘berkampung’.
3. Biarkan beberapa hari. Setelah dibiarkan, hasilnya sudah boleh dilihat di mana bekas berisi minyak terpakai itu akan dipenuhi dengan lipas yang sudah mati.
Masalah lipas yang ‘bermaharajalela’ di dalam kediaman pastinya pernah dialami oleh sebahagian besar pemilik rumah di Asia Tenggara di mana ia sememangnya sukar untuk di atasi.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah mengguna penyembur racun serangga, namun haiwan berkenaan nampaknya begitu sukar untuk dihapuskan.
Oleh yang demikian, anda bolehlah mencuba mengikut panduan mudah dan berkesan dikongsikan oleh Melizah kerana kaedah ini juga dijamin selamat ekoran tidak menggunakan sebarang produk kimia.
Namun pembaca yang memiliki anak kecil perlulah lebih berhati-hati. Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada pembaca terutamanya untuk mereka yang masih mencari alternatif lain untuk menghalau lipas dari rumah.
Baca juga: Tiada kawan, budak beli muffin sambut hari jadi “Saya nak nyanyi sendiri”